Thailand catat 271 kes, 2 meninggal

BANGKOK 14 Jan. – Dua kematian akibat Covid-19 dilaporkan manakala 271 kes baharu positif Covid-19 dicatatkan di Thailand dalam tempoh 24 jam.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), 259 kes melibatkan penularan tempatan dan 12 lagi adalah kes import.

Dengan perkembangan ini jumlah kematian meningkat kepada 69 dan jumlah keseluruhan kes positif sebanyak 11,262.

Salah satu kematian melibatkan lelaki Britain berusia 71 tahun yang menghidap diabetis, tiroiditis dan barah paru-paru,dan seorang lelaki Thai, 53 yang juga menghidap diabetis.

Sebelas kes kuarantin melibatkan ketibaan dari Pakistan (2), Hungary (1), United Kingdom (2), Amerika Syarikat (1), Russia (1), Netherlands (1), Kanada (1), Jerman (1) dan Indonesia  (1).

Satu lagi kes melibatkan wanita warga Thailand yang tiba dari Malaysia dan pulang melalui sempadan Malaysia –  Thai.

Daripada 11,262 kes, sebanyak 7,660 dilaporkan pulih, termasuk 717 yang dlsahkan sembuh dan 3,533 masih mendapatkan rawatan.

Related posts

Leave a Comment