MANILA: Gempa bumi berukuran 5.9 magnitud melanda pulau Luzon, menyebabkan penduduk mengosongkan bangunan di ibu negara Filipina, Manila semalam.
Susulan itu, agensi seismologi dalam hantaran di X memberi amaran tentang gegaran susulan.
Ia merekodkan gempa bumi luar pesisir pada magnitud 5.9, dengan kedalaman 79 kilometer (km). Pusat gempanya adalah sekitar 130 km dari wilayah ibu kota.
Imej yang dikongsi di X menunjukkan pekerja kerajaan meninggalkan kongres, senat, istana presiden, bangunan kementerian kehakiman. Pelajar juga mengosongkan universiti.
Kementerian Pengangkutan menghentikan operasi kereta api di ibu negara manakala tiada kerosakan di landasan dan laluan teksi serta kemudahan terminal.
Pusat Seismologi Eropah-Mediterania sebelum ini merekodkan gempa pada magnitud 6.2 sebelum diturunkan kepada 6.0.
Filipina, yang terletak di “Lingkaran Api”, memiliki sekumpulan gunung berapi yang mengelilingi Lautan Pasifik yang terdedah kepada aktiviti seismik.
Sabtu lalu, tiga orang maut akibat gempa bumi magnitud 7.4 yang melanda selatan Filipina diikuti lebih 2,000 gegaran susulan yang menyebabkan ribuan penduduk terpaksa tinggal di pusat pemindahan.
Awal pagi kelmarin, gempa bumi berukuran 6.8 magnitud berasingan melanda Mindana.
