Muhyiddin gagal dapat pasport secara kekal

KUALA LUMPUR 29 Nov. – Muhyiddin Yassin hari ini gagal mendapatkan pasport antarabangsanya secara kekal selepas mahkamah mendapati bekas Perdana Menteri itu masih berdepan tiga tuduhan pengubahan wang haram. Hakim Azura Alwi membuat keputusan menolak permohonan itu selepas mendapati adalah pramatang pada peringkat ini untuk membenarkan permohonan Muhyiddin mengubah syarat jaminan bon dan melepaskan pasport tanpa syarat. Azura berkata, ia adalah kerana Muhyiddin masih berdepan tiga tuduhan tiga tuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM200 juta berkaitan projek Jana Wibawa. Bagaimanapun Presiden Bersatu itu masih boleh memohon untuk mendapatkan pasportnya secara…

Read More

SPF beku lebih 16,700 akaun bank

SINGAPURA: Pasukan Polis Singapura (SPF) membekukan lebih 16,700 akaun bank yang disyaki terbabit dalam penipuan sepanjang tahun lalu, kata Menteri Dalam Negeri, K Shanmugam. Dalam jawapan bertulisnya kepada soalan Parlimen, Shanmugam, berkata pembekuan itu adalah di bawah Perintah Anti Penipuan. Beliau yang juga Menteri Undang-undang, berkata SPF hanya membekukan akaun bank apabila wujud sesuatu yang meragukan dan mengesyaki mereka terbabit dalam aktiviti jenayah. Bagaimanapun SPF tidak menjejaki sama ada akaun ini milik warga Singapura atau warga asing kerana jumlah akaun bank yang dibekukan adalah disyaki terbabit dalam jenayah selain penipuan…

Read More

Tanpa kemudahan kesihatan lebih ramal akan maut

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran lebih ramai orang boleh meninggal dunia akibat penyakit, berbanding pengeboman di Semenanjung Gaza jika sistem kesihatan tidak dibaik pulih. Hampir tiga perempat daripada hospital atau 26 daripada 36 ditutup sepenuhnya di Gaza kerana pengeboman atau kekurangan bahan api selain penahanan beberapa kakitangan perubatan oleh tentera Israel. Jurucakap Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Margaret Harris dalam taklimatnya bimbang dengan lonjakan penyakit berjangkit dan cirit-birit pada kanak-kanak. Pihak berkuasa kesihatan Gaza berkata, lebih 15,000 orang disahkan terbunuh dalam pengeboman Israel dengan kira-kira 40 peratus daripadanya kanak-kanak…

Read More

Wan Junaidi Pengerusi JKMR

KUALA LUMPUR 28 Nov. – Yang Dipertua Dewan Negara,  Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) bagi tempoh tiga tahun berkuat kuasa 9 Oktober lalu hingga 8 Oktober 2026. Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dalam hantaran di laman Facebook hari ini berkata lima lagi ahli Parlimen dilantik menganggotai jawatankuasa itu. Mereka adalah Ahli Parlimen Paya Besar,  Mohd Shahar Abdullah; Ahli Parlimen Batang Lupar, Mohd Shafizan Kepli; Ahli Parlimen Tawau, Lo Su Fui dan Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman. Terdahulu beliau menyampaikan watikah pelantikan kepada…

Read More

Dapatkan semula mandat pengundi Bukit Gantang

SEPANG 28 Nov. – Ahli Parlimen Bukit Gantang Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal wajar mendapatkan semula mandat pengundi selepas mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim. Bersatu Bahagian Bukit Gantang dalam satu kenyataan menyifatkan tindakan Syed Abu Hussin Hafiz sebagai pengkhianatan kepada mandat rakyat, parti Bersatu dan Perikatan Nasional (PN), serta sistem demokrasi negara. Ketua Bersatu Bahagian, Ahmad Man menegaskan, Bersatu menentang keras tindakan Syed Abu Husin memberi ‘sokongan tanpa had’ (blanket support) kepada Anwar sebagai Perdana Menteri. “Sebagai ahli Parlimen pembangkang, Syed Abu Husin sepatutnya memainkan peranan…

Read More

RUU GEG: Khairy kecewa, hari menyedihkan

KUALA LUMPUR 28;Nov. –  Hari yang sangat menyedihkan. Itu reaksi bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, susulan kegagalan bacaan kali kedua Rang Undang-Undang (RUU) Generasi Penamat (GEG) di Dewan Rakyat, hari ini, Khairy, yang sebelum ini berusaha mencari jalan bagi mengawal penjualan tembakau dan vape berkata, beliau menggubal  (RUU) GEG demi kesihatan awam. Menerusi entri di Instagramnya hari ini, Khairy mendakwa ia berpunca akibat tindakan industri tembakau dan vape melobi Peguam Negara, menggunakan hujah RUU GEG bertentangan dengan Perlembagaan. “Hari ini adalah hari yang sangat menyedihkan. Saya gubal (RUU) GEG demi…

Read More

Tiada kejutan Bukit Gantang lompat sokongan

  “Ini bukan kali pertama susuk tubuh bernama Syed Abu Hussin Hafiz beralih sokongan dalam kerjayanya sebagai Ahli Parlimen. Selak kembali selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14. Pada 9 Mei 2018, beliau mengisytiharkan keluar UMNO dan Barisan Nasional (BN),”   BUKANLAH satu kejutan apabila Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (PN-Bukit Gantang) mengumumkan sokongannya secara terbuka kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat hari ini. Mungkin satu kejutan apabila soalan tambahan seperti ‘ucapan dasar Presiden’ dengan mukadimahnya panjang sebelum soalan dikemukakan. Kejutan juga apabila beliau ‘berani’ mengisytiharkan lompat…

Read More

Perbezaan politik tidak tindas pembangkang – PM

KUALA LUMPUR 28 Nov. – Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menegaskan Kerajaan Perpaduan tidak menjadikan perbezaan politik untuk menindas pemimpin parti pembangkang, malah mereka dijemput dalam lawatan kerja dengan kerajaan luar. Beliau  yang merujuk lawatannya ke Sadao Thailand semalam berkata, perkara seumpama itu tidak pernah dilakukan ketika pembangkang (PN) menjadi kerajaan. Pada lawatan itu yang disambut rakan sejawatnya dari Thailand, Srettha Thavisin, Perdana Menteri turut mengundang Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor dan Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli. “Saya marah (kepada pembangkang) pun saya ikut peraturan, saya ke Kedah…

Read More