SEPANG 18 Sept. – Sebanyak 34 lokasi di seluruh negara merekodkan indeks pencemaran udara (IPU) pada tahap tidak sihat, setakat pukul 8 pagi ini.
Laman sesawang Sistem Indeks Pencemaran Udara (APIMS), Jabatan Alam Sekitar (JAS) mendapati, Johan Setia merekodkan bacaan IPU tertinggi iaitu 198.
Ia diikuti Kuching dengan bacaan IPU pada tahap 192, manakala Samarahan (185); Nilai dan Ibu Pejabat Polis Daerah Serian (181); Seri Manjung (175); Tasek Ipoh (173); Putrajaya dan Seremban (171) serta Shah Alam (170).
Sementara itu, 31 lagi lokasi di seluruh negara merekodkan bacaan IPU pada tahap sederhana termasuk Mukah, Sungai Petani, Minden dan Seberang Jaya, Kuala Terengganu, Pasir Gudang, Tawau serta Rompin.
Dua lagi stesen merekodkan bacaan IPU pada baik iaitu Limbang, Sandakan.
