Ahli Parlimen Bersatu kelima sokong PM

KUALA LUMPUR 28 Nov. – Seorang lagi Ahli Parlimen pembangkang, Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (PN-Bukit Gantang) hari ini mengumumkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat, pagi ini. Beliau adalah Ahli Parlimen Bersatu yang kelima dan kedua di Perak yang menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri yang genap setahun memeimpin Kerajaan Perpaduan baru-baru ini. Sokongan terbuka itu dibuat ketika beliau mengajukan soalan tambahan pada sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT). Sebelum ini, Syed Abu Hussin pernah menyatakan kesediaan menyokong Anwar di Dewan Rakyat sekiranya…

Read More

SFA siasat video tikus di dulang

SINGAPURA 28 Nov. – Agensi Makanan Singapura (SFA) sedang menyiasat video yang memaparkan seekor tikus terbaring di atas dulang makanan di sebuah pusat makanan di Tangs Market! Orchard Road. Dalam video yang sedang tular itu, makanan tersebut kelihatan tidak dimakan dan tikus tersebut kelihatan menggerakkan kakinya. Menurut laporan Mediacorp semalam, SFA menyatakan ia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap pengendali makanan yang tidak bertanggungjawab. “Keselamatan makanan adalah tanggungjawab bersama. Walaupun SFA menetapkan dan menguat kuasakan langkah-langkah pengawalseliaan, pengendali makanan harus memainkan peranan mereka dengan mematuhi kebersihan makanan dan proses…

Read More

Aman Palestin beri tempoh 3 hari kepada SPRM

KUALA LUMPUR 28 Nov. – Aman Palestin akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya gagal menyahbekukan akaunnya yang dibekukan sejak minggu lalu dalam tempoh tiga hari. Peguam mewakili Aman Palestin, Muhammad Rafique Rashid Ali, berkata, Aman Palestin telah mengutus surat kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM serta Pengarah Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) SPRM, semalam. Menurut beliau, Aman Palestin memberi notis bawah Seksyen 44A Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFAPUAA) 2001 untuk perintah pembekuan ini dibatalkan dan atau diubah.…

Read More

900 bakal haji Singapura diberi tawaran esok

SINGAPURA 28 Nov. – Mulai esok, Rabu, sebanyak 900 bakal jemaah haji Singapura bagi musim 2024 (1445H) akan menerima surat tawaran sama ada melalui SMS atau emel bagi menunaikan rukun Islam ke lima itu. Menurut kenyataan di Facebook Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), tawaran awal itu bagi memberi peluang kepada bakal jemaah membuat persiapan yang mencukupi. Bakal jemaah perlu log masuk portal MyHajSG untuk memeriksa surat tawaran tersebut. Bagi mengesahkan tempat bagi Haji 2024, mereka mesti mendapatkan pakej haji daripada ejenpelancongan yang diluluskan MUIS serta keperluan lain yang digariskan dalam…

Read More

Jumlah bonus diumum selepas PRK Kemaman

KUALA TERENGGANU 27 Nov. – Kerajaan Negeri mengambil langkah berhati-hati menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman apabila tidak mengumumkan jumlah bonus untuk untuk kira-kira 14,000 penjawat awam di Terengganu. Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata, bagi mengelakkan sebarang isu timbul, pengumuman mengenai jumlah bonus akan dibuat selepas PRK Kemaman pada 2 Disember ini. Bagaimanapun beliau memberi gambaran bahawa jumlah bonus yang akan diterima penjawat awam di negeri ini lebih tinggi berbanding RM900 yang diberi sebelum ini. “Insya-Allah, ia (bonus) akan diumumkan selepas pilihan raya (dan) ia akan diumumkan secara…

Read More

Jambatan darat dijangka beri manfaat

BUKIT KAYU HITAM 27 Nov. –  Kerajaan Thailand memberi jaminan cadangan pembinaan pelabuhan dan jambatan darat bagi memintas laluan perkapalan di Selat Melaka, akan turut membabitkan kerjasama Malaysia, kata Anwar Ibrahim. Perdana Menteri, berkata cadangan pembinaan kemudahan baharu di selatan Thailand itu masih di peringkat awal, dan Malaysia dijangka turut mendapat manfaat. Beliau yang melakukan lawatan kerja ke Sadao dan mengadakan perbincangan tertutup dengan Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin, dekat sini hari ini, berkata, Malaysia masih belum memutuskan sama ada akan menyertai projek terbabit. Malaysia juga belum memutuskan sama ada…

Read More

Tak perlu jawatankuasa pantau politik penjawat awam

KUALA LUMPUR  27 Nov. – Tidak ada keperluan dan kewajaran untuk kerajaan menubuhkan jawatankuasa pemerhati daripada mana-mana kementerian bagi memantau kecenderungan politik penjawat awam. Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) yang menolak cadangan itu berkata, langkah tersebut juga merugikan sumber semasa perkhidmatan awam. Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat, menegaskan setiap penjawat awam kekal profesional menjadi tulang belakang kepada pentadbiran kerajaan dan negara tetapi mereka juga mempunyai ideologi dan pandangan politik masing-masing. Dalam satu kenyataan, CUEPACS memberi jaminan kakitangan awam sangat profesional dan sentiasa berkecuali dalam melaksanakan tanggungjawab, selain boleh…

Read More

Agensi agama sedia garis panduan, etika AI

KUALA LUMPUR 27 Nov. – Kerajaan melalui agensi agama akan menyediakan garis panduan dan etika berkaitan penggunaan serta penyelidikan teknologi kecerdasan buatan (AI) mengikut kerangka Islam. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, ia adalah langkah awal sebelum penelitian lanjut dibuat sama ada wujud keperluan untuk merangka undang-undang khusus berkait dengan konteks hukum dan fatwa. “Setakat ini, perhatian kita di peringkat agensi agama adalah melihat kepada penyediaan garis panduan, etika penggunaan dan penyelidikan AI daripada perspektif Islam. “Kita juga akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian…

Read More