Empat disangka terperangkap, sebenarnya lari

BAYAN LEPAS 30 Nov. – Empat mangsa yang dikatakan terperangkap di bawah runtuhan struktur gudang logistik yang dalam pembinaan di Batu Maung, malam kelmarin selamat selepas melarikan diri dipercayai tiada dokumen perjalanan sah. Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Mohamed Usuf Jan Mohamad, berkata empat lelaki berkenaan dikesan di sekitar Bayan Lepas jam 4 petang kelmarin dan susulan itu polis menghentikan operasi mencari dan menyelamat. Dalam kejadian pukul 9.58 malam, tiga pekerja pembinaan warga Bangladesh disahkan maut manakala dua lagi dilaporkan kritikal serta tidak sedar diri dan kini dirawat di Hospital…

Read More

Hanya percikan api bukan kebakaran tren

KUALA LUMPUR 30 Nov. – Rapid KL menafikan berlakunya letupan atau kebakaran membabitkan sebuah tren Transit Aliran Massa (MRT), laluan Kajang petang semalam seperti yang tular menerusi media sosial. Dalam kenyataannya, Rapid KL memaklumkan, kejadian itu hanyalah bunyi percikan api berpunca daripada sebuah tren bernombor 28 yang sebelum itu dikeluarkan daripada perkhidmatan di stesen Taman Mutiara kerana menyebabkan ‘alarm’ atau amaran kepada sistem bekalan kuasa trek MRT di stesen berhampiran. “Insiden menyebabkan atau menghasilkan ‘bunyi spark’ (bunyi percikan api) seperti yang dilaporkan. Bagaimanapun tiada sebarang letupan atau kebakaran. “Atas faktor…

Read More

Harga runcit petrol, diesel kekal

KUALA LUMPUR 29 Nov. – Harga runcit petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal masing-masing pada harga RM3.47, RM2.05 dan RM2.15 seliter untuk tempoh 30 November hingga 6 Disember ini. Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan memaklumkan, harga berkenaan ditetapkan berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum bawah formula Mekanisme Harga Automatik (APM). “Bagi melindungi pengguna daripada kenaikan harga minyak global, kerajaan akan mengekalkan harga siling RON95 pada RM2.05 seliter dan diesel pada RM2.15 seliter walaupun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan,” kata kenyataan itu.…

Read More

5 juta perokok semasa berumur 15 tahun ke atas

KUALA LUMPUR 29 Nov. – Kementerian Kesihatan (KKM) menganggarkan lima juta perokok semasa di negara ini yang berumur 15 tahun ke atas, berikutan pertambahan jumlah perokok baharu menggantikan perokok yang meninggal dunia. Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, berkata perokok baharu adalah dalam kalangan generasi berumur 15 hingga 40 tahun dan dijangka terus bertambah dengan kemunculan rokok elektronik atau vape. Katanya , bagi rokok elektronik atau vape, terdapat peningkatan peratusan pengguna dewasa 15 tahun ke atas, iaitu 1.2 juta orang pada 2019 berbanding 600,000 pada 2016 berdasarkan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi…

Read More

Tiga pemimpin DAP saman Dr Mastura

KUALA LUMPUR 29 Nov. – Tiga pemimpin DAP memfailkan saman fitnah terhadap Ahli Parlimen Kepala Batas Dr Siti Mastura Muhammad berhubung ucapan beliau dalam ceramah Majlis Himpunan Muslimat dan Ameerah Pilihan Raya Kecil Kemaman, awal bulan ini. Saman itu difailkan oleh Pengerusi DAP Lim Guan Eng, bapanya Lim Kit Siang dan Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok Suh Sim melalui firma SN Nair & Partners pada 27 November lepas di Mahkamah Tinggi Georgetown. Menerusi writ saman dan pernyataan tuntutan yang difailkan secara berasingan, ketiga-tiga plaintif mendakwa Siti Mastura telah mengeluarkan kenyataan…

Read More

399 laporan kes tipu umrah, rugi RM14.2 juta

KUALA LUMPUR 29 Nov. – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 399 laporan berkaitan kes penipuan pakej umrah membabitkan sebuah syarikat pengendali umrah dengan kerugian RM14.2 juta, sejak 1 Januari lalu hingga kelmarin. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman,  Ramli Mohamed Yoosuf, berkata semua laporan polis itu membabitkan 1,614 jemaah dengan 21 kertas siasatan dibuka merangkumi nilai kerugian RM521,090. Beliau berkata sebanyak 229 laporan polis sudah dirujuk ke Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dan Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM). Manakala lima lagi laporan polis dirujuk ke majistret bagi…

Read More

Pengecualian visa tidak abai keselamatan

KUALA LUMPUR: Agensi keselamatan sudah diarah memperkuatkan tapisan keselamatan supaya kemudahan pengecualian visa kepada beberapa negara baru-baru ini tidak menjejaskan keselamatan negara. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, mungkin ada yang gusar berikutan pengecualian visa selama 30 hari untuk rakyat Chiba dan India tetapi aspek keselamatan negara tidak akan diabaikan. Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata demikian ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 bagi bacaan kali kedua di Dewan Negara, hari ini. Baru-baru ini, kerajaan memberi pengecualian visa selama 30 hari untuk rakyat China dan India ke Malaysia bermula…

Read More

Akta jamin kebajikan pesara, bekas pegawai polis

KUALA LUMPUR 29 Nov. –  Satu Rang Undang-undang Pesara dan Bekas Pegawai Polis dijangka dibentangkan pada tahun hadapan bagi menjadikan pengurusan persatuan lebih teratur, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Shamsul Anuar Nasarah. Katanya , RUU tersebut juga bertujuan untuk memastikan kebajikan pesara dan bekas pegawai polis lebih terjamin pada masa hadapan dengan penyaluran peruntukan Kerajaan kepada persatuan, dapat diselaraskan dan berkesan. “Ia juga bagi memastikan pesara polis mendapat manfaat, dan kita harap rancangan ini boleh dilaksanakan dengan sempurna, sebagaimana dibuat ATM ditadbir Jabatan Veteran Tentera Malaysia. “Sebagai makluman, RUU ini…

Read More

Kes penderaan seksual kanak-kanak tertinggi

KUALA LUMPUR: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengendalikan 1,603 kes, penderaan seksual terhadap kanak-kanak setakat Ogos lalu, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Nancy Shukri. Katanya, penderaan seksual adalah tertinggi diikuti kes pengabaian terhadap kanak-kanak dengan 1,530 kes, 156 kes dibuang ibu bapa atau tiada ibu bapa, 73 kes melibatkan penderaan emosi, dan 614 kes lagi akibat faktor lain-lain. “Kanak kanak yang diselamatkan ini ada yang masih ditempatkan di bawah institusi JKM, ada yang bersama ibu bapa angkat, atau Orang Yang Layak Dan Sesuai (OYLS), dan kembali ke pangkuan…

Read More