Trump timbang pilihan tindak balas

WASHINGTON – Presiden Donald Trump, dilaporkan sedang mempertimbangkan beberapa pilihan tindak balas selepas Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) mengaku melancarkan serangan ke atas sebuah kapal tangki di Selat Hormuz.

Pihak berkuasa Iran, berkata, serangan itu adalah sebagai sebahagian daripada operasi yang didakwa menyasarkan kepentingan musuh di laluan perkapalan strategik, yang menjadi antara nadi utama perdagangan tenaga dunia.

White House memaklumkan pentadbiran Trump sedang menilai keadaan serta meneliti langkah yang sesuai sebagai tindak balas namun pegawai Amerika Syarikat (AS) belum mengumumkan sebarang keputusan muktamad mengenainya.

Dalam pada itu, IRGC mempertahankan tindakannya dengan mendakwa operasi berkenaan berkait dengan kepentingan keselamatan Iran, namun butiran lanjut mengenai serangan itu tidak didedahkan.

Related posts

Leave a Comment