Dapatkan semula mandat pengundi Bukit Gantang

SEPANG 28 Nov. – Ahli Parlimen Bukit Gantang Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal wajar mendapatkan semula mandat pengundi selepas mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Bersatu Bahagian Bukit Gantang dalam satu kenyataan menyifatkan tindakan Syed Abu Hussin Hafiz sebagai pengkhianatan kepada mandat rakyat, parti Bersatu dan Perikatan Nasional (PN), serta sistem demokrasi negara.

Ketua Bersatu Bahagian, Ahmad Man menegaskan, Bersatu menentang keras tindakan Syed Abu Husin memberi ‘sokongan tanpa had’ (blanket support) kepada Anwar sebagai Perdana Menteri.

“Sebagai ahli Parlimen pembangkang, Syed Abu Husin sepatutnya memainkan peranan sebagai ejen semak dan imbang (check and balance) dalam sistem demokrasi negara dengan jujur dan telus.

Sokongan ahli Parlimen kepada kerajaan harus berdasarkan kepentingan rakyat atas sesuatu isu, bukannya menyokong kedudukan Perdana Menteri dari blok kerajaan,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Sepetang itu.

Beliau juga menyiffatkan, alasan menyokong Anwar demi kepentingan rakyat sangat meloyakan kerana pada Plihan Raya Umum di enam negeri selepas pembentukan kerajaan Madani, sokongan rakyat masih memihak kepada PN.

Justeru katanya, indikator apa Syed Abu Husin menyatakan ia demi kepentingan rakyat dan pandangan rakyat mana yang beliau pegang.

“Jika Syed Husin begitu percaya sokongan beliau ke atas kerajaan Madani mendapat restu pengundi, maka beliau seharusnya meletak jawatan dan bertanding semula atas tiket Pakatan Harapan atau Barisan Nasional,” katanya.

Ahmad percaya jika pengundi menilai tindakan Syed Abu Husin sebagai usaha menjaga kepentingan rakyat, beliau akan menang lebih besar.

“Tapi mustahil Syed Husin berani meletak jawatan kerana beliau tahu jika kalah habislah kuasa tawar-menawar beliau dengan kerajaan,” katanya.

Related posts

Leave a Comment