44,721 kes baharu Indonesia

JAKARTA 18 Julai – Kes jangkitan harian Covid-19 di Indonesia turun kepada 44,721 berbanding 51,952 yang direkodkan semalam dengan kes aktif 542,236.

Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan setakat ini adalah sebanyak 2,877,476 orang.

Pada masa yang sama, sebanyak 29,264 pesakit dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 2.261.658 orang pulih.

Jumlah kematian yang direkodkan hari ini adalah 1,093 menjadikan jumlah keseluruhan yang meninggal dunia sebanyak 73,582 orang.

Jawa Timur merekodkan kematian tertinggi iaitu 328 kes, diikuti Jawa Tengah 179 kes, dan Jakarta sebanyak 158 kes.

Related posts

Leave a Comment