Harga runcit petrol, diesel kekal

KUALA LUMPUR 29 Nov. – Harga runcit petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal masing-masing pada harga RM3.47, RM2.05 dan RM2.15 seliter untuk tempoh 30 November hingga 6 Disember ini.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan memaklumkan, harga berkenaan ditetapkan berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum bawah formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Bagi melindungi pengguna daripada kenaikan harga minyak global, kerajaan akan mengekalkan harga siling RON95 pada RM2.05 seliter dan diesel pada RM2.15 seliter walaupun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan,” kata kenyataan itu.

Kenyataan berkenaan turut menyatakan, kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah global dan mengambil langkah sewajarnya untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Related posts

Leave a Comment