KUALA LUMPUR 8 Nov. – Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mendakwa tindakan empat ahli Parlimen pembangkang mengisytiharkan sokongan kepada kerajaan adalah disebabkan kegagalan mendapat peruntukan pembangunan kawasan (CDF). Jawatankuasa Pemandu Bersih dalam kenyataan menyatakan rasa dukacita kerana sehingga kini Perdana Menteri, Anwar Ibrahim masih belum memberikan peruntukan itu kepada Ahli-Ahli Parlimen terutama Ahli Parlimen pembangkang. “Atas sebab itu beberapa Ahli Parlimen seperti Kuala Kangsar, Labuan, Gua Musang, dan terbaru Jeli mengisytiharkan sokongan kepada kepemimpinan Anwar dan Kerajaan Persekutuan atas alasan keperluan mendapatkan peruntukan. “Penahanan CDF untuk turun kepada…
Read MoreDay: November 8, 2023
Lompat katak selesai, timbul pula blok ‘MP gantung’
SELEPAS berakhir episod lompat parti, berikutan akta yang menghalang wakil rakyat berbuat demikian, politik Malaysia di bawah Kerajaan Perpaduan memasuki satu era baharu. Tidak melompat, tidak keluar parti sebaliknya hanya beralih sokongan. Setakat hari ini empat orang anggota Parlimen Perikatan Nasional (PN) dari Bersatu mengesahkan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Bermula dengan Iskandar Dzulkarnain Abdul (PN-Kuala Kangsar) diikuti Suhaili Abdul Rahman (PN-Labuan), semalam Mohd Azizi Abu Naim (PN-Gua Musang) dan hari ini Zahari Kechik (PN-Jeli). Tidak mustahil angka itu akan bertambah, sama seperti aksi melompat parti. Cuma ini ‘lebih…
Read MoreKena jadi Rambo hadapi broker politik”
ALOR SETAR 8 Nov. – Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa ada broker politik yang memainkan peranan sehingga beberapa Ahli Parlimen Bersatu bertindak menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau mendakwa, antara tindakan broker itu memerangkap Ahli Parlimen PN yang terdesak mendapatkan peruntukan bagi kawasan masing-masing sehingga terpaksa menyokong Anwar untuk terus berkuasa. Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) dan Pas Pusat, itu berkata, menjadi tugas broker berkenaan mendekati wakil rakyat yang disasarkan dan menawarkan habuan supaya mereka beralih sokongan. Bercakap pada sidang media di sini, beliau…
Read MoreWakil Jeli pula sokong kepemimpinan Anwar
KOTA BHARU 8 Nov. – Atas alasan pembangunan mesti diteruskan di kawasannya yang berstatus pembangkang, seorang lagi ahli Parlimen Bersatu di Kelantan menyatakan sokongan kepada kepemimpinan Anwar Ibrahim berkuat kuasa hari ini. Zahari Kechik yang mewakili Parlimen Jeli mengambil keputusan itu tidak sampai 24 jam selepas rakan partinya, Ahli Parlimen Gua Musang Mohd Azizi Abu Naim mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri. “Selepas meneliti, memperhalusi dan mempertimbangkan dengan sehabis baik tentang permasalahan yang dihadapi rakyat terkini mengenai kos sara hidup, himpitan mengenai keperluan asas yang perlu dipertingkatkan dan pembangunan yang mesti…
Read MoreTuduhan liar PM bercanggah jawapan menteri
KUALA LUMPUR : Muhyiddin Yassin menyifatkan suatu pembohongan kenyataan Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat yang menyebut kerajaan Perikatan Nasional (PN) membelanjan RM500 juta bagi kontrak publisiti dan pengiklanan. Bekas Perdana Menteri itu berkata, kenyataan Anwar berhubung jumlah besar perbelanjaan adalah satu tuduhan liar bagi memburuk-burukkan imej Perikatan Nasional (PN) di mata rakyat. “Saya merujuk kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa Kerajaan Perikatan Nasional di bawah pimpinan saya telah membelanjakan RM500 juta bagi kontrak publisiti dan pengiklanan. “Anwar juga mendakwa jumlah itu melanggar peraturan dan tatakelola serta keterlaluan.…
Read MoreElak peruntukan jenayah syariah dicabar
KUALA LUMPUR 8 Nov. – Kira-kira 300 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan Islam mendesak Perlembagaan dipinda segera bagi mengelak peruntukan jenayah syariah di negara ini dicabar atau lebih buruk lagi berisiko dibatalkan. Kerajaan juga digesa menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyelesaikan kemelut didakwa tekanan terhadap bidang kuasa Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam menggubal peruntukan berkait dengan kesalahan jenayah syariah bagi orang Islam. Susulan itu, wakil NGO terbabit menyerahkan memorandum gesaan itu di Parlimen, hari ini, yang diterima oleh wakil rakyat daripada Perikatan Nasional (PN) berikutan tiada wakil kerajaan yang menerimanya. Timbalan…
Read MoreHasil bida jam Rolex diserah kepada ICCS
AMMAN 8 Nov. – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri telah menyampaikan RM100,000 hasil bidaan jam Rolexnya baru-baru ini kepada Setiausaha Agung Islamic Charity Center Society (ICCS), Dr. Jaber Hassan. Katanya, wang tersebut akan disalurkan terus ke Gaza, manakala baki RM35,000 juga telah selesai disampaikan melalui transaksi dalam talian kepada lapan buah NGO terpilih seperti yang dinyatakan sebelum ini. Baru-baru ini, jam tersebut yang dihadiahkan oleh Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz, berjaya dibida dengan harga tertinggi RM135,000 selepas diletak pada harga tapak…
Read MoreMalaysia bawa pulang 518 mangsa penipuan sindiket pekerjaan
KUALA LUMPUR 8 Nov. – Sebanyak 518 daripada 704 mangsa penipuan sindiket pekerjaan di luar negara berjaya dibawa pulang, setakat Jumaat lalu, kata Timbalan Menteri Luar, Mohamad Alamin. Katanya, 186 lagi pekerja sedang dikesan dan pada masa sama berusaha mengenal pasti 26 warganegara Malaysia terbabit sindiket penipuan pekerjaan di Myanmar. Menurut beliau Kementerian Luar sedang menunggu ‘lampu hijau’ daripada pihak berkuasa negara itu untuk membolehkan Malaysia membuat lawatan dan perbincangan di sana. Belia berkata pihaknya memohon kerjasama semua pihak untuk memberi maklumat dengan pihak berwajib, susulan lebih 2,000 dalam kalangan…
Read MoreBerita pilihan…
Skim gaji baharu diumum sebelum akhir 2024
PUTRAJAYA 8 Nov. – Beberapa garis panduan akan disediakan sebelum akhir tahun ini atau suku pertama 2024 bagi membolehkan skim gaji baharu penjawat awam dapat diumumkan sebelum akhir tahun hadapan. Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata sebelum ini tiada kajian menyeluruh mengenai skim gaji penjawat awam dilakukan namun kerajaan ketika ini sedang melaksanakannya melalui Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA). “Dasar kita selama ini ada kajian penyelarasan gaji setiap 10 tahun, ini nak mencecah masuk ke tahun ke-12. Sebelum ini tidak ada satu kajian menyeluruh tetapi sekarang saya dah umumkan (Kajian…
Read More