KUALA LUMPUR : Muhyiddin Yassin menyifatkan suatu pembohongan kenyataan Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat yang menyebut kerajaan Perikatan Nasional (PN) membelanjan RM500 juta bagi kontrak publisiti dan pengiklanan.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, kenyataan Anwar berhubung jumlah besar perbelanjaan adalah satu tuduhan liar bagi memburuk-burukkan imej Perikatan Nasional (PN) di mata rakyat.
“Saya merujuk kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa Kerajaan Perikatan Nasional di bawah pimpinan saya telah membelanjakan RM500 juta bagi kontrak publisiti dan pengiklanan.
“Anwar juga mendakwa jumlah itu melanggar peraturan dan tatakelola serta keterlaluan.
Ingin saya tegaskan ini adalah suatu pembohongan kerana jawapan bertulis Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali di Dewan Rakyat pada 14 Februari 2023 menyatakan bahawa Kerajaan PN hanya membelanjakan RM181,752.20 untuk penjenamaan.
Sedangkan Kerajaan Madani pimpinan Anwar yang tidak sampai setahun memerintah pada ketika itu berbelanja sebanyak RM489, 216,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jawapan bertulis itu juga menyebut Kerajaan Keluarga Malaysia telah membelanjakan sebanyak RM62 juta bagi tujuan yang sama.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri turut menjelaskan hanya satu program sahaja dilaksanakan semasa pentadbiran Kerajaan Perikatan Nasional memandangkan negara berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika itu.
Pada 25 Mei 2023 pula, ketika Persidangan Dewan Rakyat, Menteri yang sama telah memaklumkan tentang perbelanjaan terkini bagi program Malaysia Madani termasuk pengiklanan dan promosi iaitu sebanyak RM7.4 juta.
“Kenyataan ini dibuat sendiri oleh Menteri Kerajaan Madani di Parlimen.
Nampaknya, Anwar membuat kenyataan yang tidak munasabah dan bercanggah dengan kenyataan oleh Menteri di Parlimen.
Saya mentadbir negara ketika Covid-19 melanda. Seingat saya penggunaan papan iklan besar, televisyen dan radio pada masa itu adalah untuk menyampaikan pesanan-pesanan mengenai bahaya Covid-19 -19, maklumat berkaitan Pakej Rangsangan Ekonomi dan bantuan untuk rakyat,” katanya.
Katanya, walaupun pada 29 April lalu, Anwar berjanji “tidak akan membazirkan wang negara” dengan memasang papan iklan besar namun hari ini, billboard gergasi Madani terpampang di merata-rata tempat, di mana-mana sahaja.
Nnn
