KUALA TERENGGANU 2 Nov. – Empat negeri bawah pentadbiran Perikatan Nasional (PN) – Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu- disaran menubuhkan struktur rasmi ‘State Goverment 4’ (SG4) bagi memulakan agenda pelaburan secara pantas. Cadangan itu disuarakan bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad, pada sesi pertemuan dengan Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, dan kepemimpinan negeri, hari ini. Pengerusi Mobilisasi Proklamasi Orang Melayu (Proklamasi), Khairuddin Abu Hassan, berkata Dr Mahathir mengadakan mesyuarat tertutup hampir sejam setengah dengan Ahmad Samsuri serta kepemimpinan Kerajaan Terengganu mengenai perancangan pembangunan ekonomi empat negeri terbabit. “Pada mesyuarat…
Read MoreDay: November 2, 2023
Belanjawan 2024 lulus peringkat dasar
KUALA LUMPUR 2 Nov. – Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2024 (Belanjawan 2024), selepas selesai dibahaskan di peringkat dasar. RUU Perbekalan 2024 itu diluluskan menerusi undian suara ketika sesi mesyuarat dipengerusikan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Johari Abdul. Sesi undian dibuat sejurus penggulungan perbahasan RUU Perbekalan 2024 peringkat dasar oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Anwar Ibrahim, di pada pukul 6.50 petang. Seramai 85 Ahli Parlimen mengambil bahagian dalam sesi perbahasan RUU Perbekalan 2024 peringkat dasar, bermula 16 Oktober lalu. Pada sesi terakhir penggulungan peringkat dasar RUU Perbekalan 2024…
Read MoreSoal rasuah, tatakelola tidak boleh diremehkan
KUALA LUMPUR 2 Nov. – Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pegawai atau menteri yang terlibat dalam penyalahgunaan kuasa yang menyebabkan ketirisan dana awam, kata Anwar Ibrahim. Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata, akan terus memberi tumpuan kepada aspek tatakelola bagi memastikan tiada penyalahgunaan kuasa dan ketirisan membabitkan peruntukan dana awam. “Walaupun ada pihak yang bosan mendengar saya menekankan soal reformasi dan tatakelola, pada saya ini yang harus diutamakan,” katanya. Perdana Menteri berkata beliau tidak mahu soal rasuah dan tatakelola diremehkan kerana ia boleh menyebabkan kerugian kepada dana awam,…
Read MoreAnwar bercakap mengenai ‘maha’
KUALA LUMPUR 2 Nov. – Perdana Menteri Anwar Ibrahim mempertahankan penggunaan perkataan maha kaya yang sering digunakan dalam ucapannya bagi merujuk golongan paling kaya yang tidak layak mendapat subsidi. Beliau yang juga Menteri Kewangan menolak pandangan segelintir pihak bahawa penggunaan perkataan ‘maha’, itu, menyalahi tata cara penggunaannya. “Tak betul, istilah maha tu… mahasiswa boleh pula? Kemudian, ada istilah… Mahathir? Sebab (ada) yang kata tak boleh, sebab (kononnya) ini hukum, ini hanya (terpakai kepada Allah yang Maha Suci, atau paling tidak Maha Mulia kepada Sultan-sultan dan Raja. “Ini mahasiswa boleh, mahaguru…
Read MoreDr Mahathir kunjungi kediaman Hadi di Rusila
SEPANG 2 Nov. – Buat julung kali, bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengunjungi kediaman Presiden Pas Abdul Hadi Awang di Rusila, Marang hari ini. Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi menerusi hantaran di laman Facebooknya, menulis “Sambil berselorah Tun Dr. Mahathir Mohammad sebut kepada ayahanda Tuan Guru; selepas 98 tahun baru saya jejak kaki di sini,”. Dr Muhammad Khalil menyifatkan ia satu detik sejarah apabila negarawan ulung berkunjung ke rumah ayahandanya. “Usai pertemuan, Tun Dr. Mahathir mengambil peluang untuk menunaikan solat zuhur di Masjid Rusila. Alhamdulillah,” katanya. Sementara itu Abdul…
Read MoreJangan ganggu ekosistem sekolah
KUALA LUMPUR 2 Nov. – Jangan ganggu ekosistem sekolah. Itu penegasan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek sama ada kepada pemimpin blok pembangkang mahupun kerajaan berhubung program Minggu Solidariti Palestin. Beliau menarik perhatian, Minggu Solidariti Palestin peringkat Kementerian Pendidikan (KPM) di sekolah-sekolah bertujuan untuk mendidik murid dalam ekosistem sekolah dengan nilai kemanusiaan, kedamaian dan keamanan. Dalam nada sebak, beliau berharap agar diberi ruang kepada KPM untuk melaksanakan tanggungjawab dan mengutamakan proses pendidikan bagi menyebarkan nilai kemanusiaan. “Nirmala kemanusiaan adalah asbab utama mengapa KPM mahu tampil melaksanakan minggu solidariti ini. Anak-anak yang didedahkan…
Read MoreBelum ada kes cermin gelap ke mahkamah
KUALA LUMPUR 2 Nov. – Dewan Rakyat hari ini diberitahu setakat ini belum pernah ada kes cermin gelap dibawa ke mahkamah atau dipenjarakan sebaliknya dikenakan denda RM100 sehingga RM250. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, penegasan itu dibuat bagi memperbetulkan kekeliruan yang disebar menerusi media sosial berhubung hukuman bagi kesalahan terbabit. Katanya, pelbagai pihak dalam media sosial cuba memberi gambaran dengan mentafsir satu kenyataan pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), seolah-olah jika pakai cermin gelap akan dipenjara. “Itu tak betul. Memang dari segi undang-undang sekiranya mana-mana pihak tak patuh peraturan jalan raya,…
Read MoreEnam pasar raya beri diskaun peniaga Menu Rahmah
KUALA LUMPUR 2 Nov. – Enam pasar raya menawarkan kadar diskaun barangan mentah sehingga 40 peratus kepada 2,849 premis atau pengusaha dan peniaga yang menyediakan Menu Rahmah di seluruh negara. Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Armizan Mohd Ali berkata, pasar raya yang terbabit dalam pelaksanaan inisiatif Kad Diskaun Khas Menu Rahmah adalah AEON Big, Econsave, Giant, Lotus’s, Mydin dan NSK. Katanya, sejajar dengan hasrat memberikan insentif penghargaan kepada pengusaha Menu Rahmah, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) merintis usaha memperkenalkan Kad Diskaun Khas…
Read MoreBersatu Negeri ambil alih pimpinan Kuala Kangsar, Labuan
KUALA LUMPUR 2 Nov. – Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu memutuskan Badan Pimpinan Negeri mengambil alih pengurusan Bahagian Kuala Kangsar dan Labuan, sementara menunggu keputusan Lembaga Disiplin terhadap kedua-dua Ketua Bahagian tersebut yang juga merupakan Ahli Parlimen. Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainudin berkata, Naib Presiden, Dr. Radzi Jidin juga dilantik sebagai Ketua Badan Pimpinan Negeri Wilayah Persekutuan, berkuatkuasa serta-merta bagi menggantikan Dr. Suhaili Abdul Rahman. Dalam satu kenyataan hari ini, Hamzah yang juga Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat berkata, Bersatu amat komited dalam usahanya memperkasakan Perikatan Nasional (PN) yang telah mendapat…
Read MoreKKM pastikan proses perolehan lebih cekap
KUALA LUMPUR 2 Nov. – Kementerian Kesihatan (KKM) akan memastikan proses perolehan dijalankan dengan lebih cekap dan mengikut prosedur walaupun dilaksanakan ketika darurat atau kecemasan, kata Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa. Dalam reaksi balas terhadap laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang (PAC) baru-baru ini, mengenai pengurusan wabak Covid-19, beliau berkata langkah itu perlu beri perhatian serius bagi mengelak timbul isu tidak diingini. “KKM mengambil maklum mengenai laporan PAC dan ini bukan kali pertama, kita menerima baik apa yang dinyatakan oleh PAC. Kita bekerjasama sepenuhnya dalam memberi jawapan serta apa-apa maklumat diminta PAC.…
Read More