Dr Mahathir kunjungi kediaman Hadi di Rusila

SEPANG 2 Nov. – Buat julung kali, bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengunjungi kediaman Presiden Pas Abdul Hadi Awang di Rusila, Marang hari ini.

Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi menerusi hantaran di laman Facebooknya, menulis “Sambil berselorah Tun Dr. Mahathir Mohammad sebut kepada ayahanda Tuan Guru; selepas 98 tahun baru saya jejak kaki di sini,”.

Dr Muhammad Khalil menyifatkan ia satu detik sejarah apabila negarawan ulung berkunjung ke rumah ayahandanya.

“Usai pertemuan, Tun Dr. Mahathir mengambil peluang untuk menunaikan solat zuhur di Masjid Rusila. Alhamdulillah,” katanya.

Sementara itu Abdul Hadi pula di Facebooknya berbesar hati menerima kunjungan itu dan mendoakan semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan dan kerahmatan-Nya kepada Dr Mahathir .

Turut serta ialah Naib Presiden Pas yang juga Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Dr. Mahathir adalah Penasihat empat negeri yang ditadbir oleh Perikatan Nasional (PN) atau ‘State-Goverment 4 (SG4) iaitu Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

 

Related posts

Leave a Comment