Lebar lebuh raya KL Karak suku kedua 2024

KUALA LUMPUR 25 Okt. – Dewan Rakyat diberitahu projek pelebaran jalan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dijangka dilaksanakan syarikat konsesi ANIH Berhad (ANIH) pada suku kedua 2024. Timbalan Menteri Kerja Raya, Abdul Rahman Mohamad, berkata projek itu antara lain akan mengetengahkan sistem kutipan tol tanpa henti dikenali Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF), bertujuan melancarkan pergerakan trafik. Beliau berkata pelaksanaan projek pelebaran itu membabitkan jajaran bermula dari Plaza Tol Gombak ke persimpangan Central Spine Road, Bentong. Cadangan itu, katanya, dijangka dapat menyediakan lebuh raya selesa, cepat, mudah, cekap dan mampu menangani…

Read More

18 pertuduhan pengubahan wang haram

KUALA LUMPUR 25 Okt. –  Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Wan Saiful Wan Jan, didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini dengan 18 pertuduhan membabitkan pengubahan wang haram berjumlah hampir RM6 juta. Bagaimanapun, Ahli Parlimen Tasek Gelugor berusia 48 tahun itu mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan sejurus semua pertuduhan dikemukakan di hadapan Hakim Suzana Hussin. Wan Saiful tiba di mahkamah pada pukul 8.20 pagi ini, dengan memakai sut hitam dan kemeja putih serta sempat bertanyakan khabar kepada beberapa pengamal media yang merakam video dan gambarnya. Pada 21 Februari lalu,…

Read More

Lebih 700 terbunuh semalaman

GAZA: Kementerian Kesihatan Gaza memaklumkan lebih 700 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel dalam tempoh semalaman, angka kematian tertinggi dalam tempoh 24 jam sejak serangan balas ke atas Hamas dilancarkan. Pada masa yang sama, tekanan antarabangsa semakin memuncak, akibat bantuan kemanusiaan yang dihalang memasuki Gaza, serta angka koban rakyat Palestin yang semakin meningkat. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan komuniti dunia kini terpaksa merayu supaya serangan kemanusiaan ke atas rakyat Palestin yang kekurangan makanan, air, ubat-ubatan dan elektrik di Semenanjung Gaza dihentikan. Menteri Luar Jordan, Ayman Safadi dalam reaksinya mempersoalkan…

Read More

Semakan daftar pemilih tambahan dibuka

PUTRAJAYA 25 Okt. –  Sebanyak 42,699 nama warganegara yang berumur 18 tahun ke atas didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu dalam tempoh 1 hingga 30 September lalu, menunjukkan peningkatan berbanding 41,612 orang pada Ogos. Untuk rekod jumlah pendaftar baru yang didaftarkan sedara automatik pada Julai adalah 38,092 orang. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), dalam satu kenyataan memaklumkan Daftar Pemilih Tambahan Bulan September 2023 (DPT BLN9/2023) yang diperaku serta diwartakan  24 Oktober 2023 dibuka untuk semakan selama 30 hari hingga 22 November ini. Setiausaha SPR,  Ikmalrudin Ishak berkata daftar pemilih tambahan berkenaan…

Read More

Himpunan Malaysia Bersama Palestin.

KUALA LUMPUR 24 Okt. – Laungan ‘Hidup Gaza’, ‘Free, Free Palestine’ dan takbir bergema di Axiata Arena, di sini malam tadi sempena Himpunan Malaysia Bersama Palestin. Ribuan masyarakat berbilang bangsa dan agama hadir bagi menzahirkan solidariti kepada rakyat Palestin yang berdepan penindasan rejim Israel. Seawal pukul 6.30 petang, orang ramai mula memasuki Axiata Arena, kebanyakan memakai baju putih, lengkap dengan mafla dan mengibar bendera Palestin, berkumpul demi satu misi, mendesak Israel menghentikan segera serangan ke atas Palestin. Himpunan Malaysia Bersama Palestin dengan kerjasama pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berlangsung sehingga…

Read More

Wan Saiful diarah hadir di mahkamah esok

KUALA LUMPUR 24 Okt. –  Ahli Parlimen Tasek Gelugor,  Wan Saiful Wan Jan, diarah hadir di Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta pada pukul 8.30 pagi esok untuk menghadapi pertuduhan. Bekas Ketua Penerangan Bersatu itu bagaimanapun tidak jelas mengenai pertuduhan yang akan dikenakan ke atasnya tetapi mendakwa difahamkan ia berkaitan pengubahan wang haram. “Saya akan hadir untuk mempertahankan diri dan yakin mahkamah adalah tempat terbaik untuk mendapatkan keadilan. Saya berterima kasih kepada pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyoal siasat dengan berhemah,” katanya menerusi Facebook, hari ini. Beliau sebelum ini…

Read More

Dengan ‘musuh’ juga perlu berlaku adil

KUALA LUMPUR 24 Okt. –  Pembangkang bukan musuh! Itu ingatan Abdul Hadi Awang (PN-Marang) ketika menggesa kerajaan berlaku adil kepada pembangkang termasuk diberikan peruntukan sama rata. “Berlaku adillah. Dengan musuh (juga perlu) berlaku adil. Ini kita kerajaan dengan pembangkang bukan musuh.,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2024 di Dewan Rakyat, hari ini Abdul Hadi yang juga Presiden Pas juga menyifatkan tindakan kerajaan hanya memberi peruntukan kepada Ahli Parlimen yang menyokong kerajaan sebagai tidak mengikut ajaran Islam. “Kepada pembangkang tak diberi peruntukan kepada yang sokong diberi peruntukan. Ini bukan…

Read More

PN bertindak jika perundangan syariah dicabar

KUALA LUMPUR 24 Okt. – Perikatan Nasional (PN) hari ini memberi amaran bahawa gabungan itu akan bertindak jika kerajaan membenarkan tindakan segelintir individu mencabar sistem perundangan Islam di negara ini. Abdul Hadi Awang (PN-Marang) berkata, kerajaan perlu lebih peka dan tegas membela undang-undang syariah kerana keputusan tersebut bakal mengundang kemarahan umat Islam. Beliau yang membahaskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2024 di Dewan Rakyat, hari ini berkata jika kerajaan gagal mempertahankan kekebalan undang-undang syariah, pembangkang akan mengambil alih kedudukannya. Bagaimanapun Timbalan Pengerusi PN itu tidak menghuraikan lebih lanjut bagaimana mereka akan…

Read More