Lebih 700 terbunuh semalaman

GAZA: Kementerian Kesihatan Gaza memaklumkan lebih 700 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel dalam tempoh semalaman, angka kematian tertinggi dalam tempoh 24 jam sejak serangan balas ke atas Hamas dilancarkan.

Pada masa yang sama, tekanan antarabangsa semakin memuncak, akibat bantuan kemanusiaan yang dihalang memasuki Gaza, serta angka koban rakyat Palestin yang semakin meningkat.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan komuniti dunia kini terpaksa merayu supaya serangan kemanusiaan ke atas rakyat Palestin yang kekurangan makanan, air, ubat-ubatan dan elektrik di Semenanjung Gaza dihentikan.

Menteri Luar Jordan, Ayman Safadi dalam reaksinya mempersoalkan PBB, kerana kini Israel umpama berada di atas undang-undang antarabangsa dan menggesa penamatan apa yang disebutnya “pilih kasih” dalam menangani konflik Gaza.

Dalam satu laporan lain, Israel berpendirian tegas dan kejam untuk tidak membenarkan bahan api memasuki Gaza walau dalam apa jua keadaan sekalipun dengan alasan bekalan tersebut akan disalahguna untuk infrastruktur tentera.

Kenyataan ini dikeluarkan ketika kesemua hospital di Gaza kehabisan bahan api untuk menjana tenaga elektrik bagi kegunaan perubatan dan rawatan.

Lebih 40 buah hospital di Gaza kini lumpuh sepenuhnya akibat kehabisan bahan api, selain hancur dibedil zionis.

Israel sebelum ini hanya membenarkan 20 trak bantuan kemanusian PBB memasuki lintasan Rafah bagi bantuan kecemasan, sedangkan kuota yang diperlukan lebih daripada itu.

Related posts

Leave a Comment