Subsidi bersasar perlu mekanisme telus – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR 24 Okt. – Subsidi bersasar memerlukan satu mekanisme yang telus dan cekap untuk memastikan tidak ada sesiapa pun yang tercicir dan terkesan daripada keputusan ini, kata bekas Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob. Katanya, mekanisme ini penting untuk diperhalusi kerana subsidi telah “melekat” dalam ekonomi sebagai komponen struktural dan tanpa mekanisme yang tepat akan menyebabkan rakyat terus terbeban apatah lagi kos sara hidup semakin meningkat. “Subsidi Kerajaan tidak hanya tertumpu kepada sektor dan segmen tertentu malah merentas keseluruhan sektor dan pasaran, termasuklah pasaran buruh,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang…

Read More

Berbaloikah kenaikan kadar cukai SST?

KUALA LUMPUR 24 Okt. –  Cadangan menaikkan kadar Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 2 peratus, dari 6 peratus kepada 8 peratus merupakan langkah kurang tepat berbanding sistem percukaian lain yang lebih efisien. Bekas Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata, meskipun kenaikan tidak melibatkan makanan dan minuman, tetapi ini akan memberi kesan berantai kepada semua aspek yang akan turut mendorong kenaikan barang-barang asas. “Ini kerana peniaga tidak akan menyerap kenaikan cukai dan kos pengeluaran mereka. “Justeru, saya sekali lagi berpendirian bahawa sudah tiba masanya untuk memperkenalkan semula Cukai Barangan dan…

Read More

OIC, Liga Arab digesa noktahkan konflik Palestin Israel

KUALA LUMPUR 24 Okt. – Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Liga Arab digesa menunjukkan kepada dunia bahawa negara Islam bersatu, terutama dalam mengekang kekejaman berterusan rejim Zionis terhadap penduduk Palestin. Bekas Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, berkata OIC dan Liga Arab sebaliknya didakwa hanya bercakap kosong dalam mencari penyelesaian tuntas terhadap isu Palestin. “Sehingga hari ini, kita kesal tiada satu pun tindakan diambil OIC dan Liga Arab kecuali hanya bercakap kosong. Sepatutnya OIC dan Liga Arab menunjukkan kepada dunia negara Islam bersatu. “Satu tindakan tegas perlu diambil OIC dan Liga…

Read More

TH timbang cara baru bantuan bersasar

KUALA LUMPUR 24 Okt. – Lembaga Tabung Haji (TH) akan meneruskan bantuan kewangan haji secara bersasar untuk musim haji 1445H/2024M, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),  Dr Mohd Na’im Mokhtar. Beliau berkata TH juga meneruskan inisiatif bantuan kewangan bersasar itu dari tahun ke tahun, khusus kepada golongan paling memerlukan selaras hasrat kerajaan menstruktur semula subsidi secara bersasar. Katanya, berikutan persekitaran semakin mencabar, termasuk suasana inflasi seluruh dunia, TH akan meneruskan bantuan kewangan haji kepada jemaah yang benar-benar memerlukan bagi menunaikan rukun Islam kelima. “TH juga sudah dan…

Read More

Larangan takbir, kecaman tidak wakili pendirian kerajaan

KUALA LUMPUR 24 Okt. – Larangan takbir dan menayang sepanduk kecaman kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pada Himpunan ‘Freedom for Palestine’ di Dataran Merdeka pada Ahad lalu tidak mewakili pendirian kerajaan. Menteri Dalam Negeri,  Saifuddin Nasutiuon Ismail, berkata tindakan itu adalah budi bicara penganjur dan dibuat dengan tujuan untuk membangkitkan semangat soladariti dalam kalangan peserta pelbagai kaum dan agama. “Soal dibenar atau tak dibenarkan takbir saya tak fikir itu isu utamanya. Saya Muslim, takbir ertinya melaungkan kebesaran Allah. Tiada khilaf di antara kita. “Hal ini adalah bagaimana penganjur (himpunan)…

Read More

Kekerapan LRT tiga minit waktu puncak

KUALA LUMPUR 24 Okt. – Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya dijangka mencapai kekerapan tren tiga minit pada waktu puncak menjelang hujung bulan ini berbanding 3.8 minit pada ketika ini dan 4.4 minit pada Disember 2022. Kementerian Pengangkutan (MOT) berkata, kekerapan itu berikutan pengoperasian tiga tren baharu di laluan itu bermula bulan lalu. Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) sudah melaksanakan beberapa usaha untuk meningkatkan kekerapan perkhidmatan tren di mana tiga tren empat gerabak (bagi laluan Kelana Jaya) memulakan operasi pada September lalu. “Baki 16 tren lagi akan diterima secara…

Read More

436 terbunuh dalam tempoh 24 jam

GAZA: Sekurang-kurangnya 436 rakyat Palestin termasuk 182 kanak-kanak terbunuh dalam tempoh 24 jam yang lalu akibat serangan udara dan tembakan Israel di Gaza, menurut jurucakap Kementerian Kesihatan. Dalam kenyataan yang dikeluarkan, kebanyakan mangsa yang menjadi korban di bahagian selatan Semenanjung Gaza. Perkembangan terbaharu ini sekali gus menyaksikan jumlah keseluruhan korban akibat serangan udara oleh rejim Zionis sudah mencecah lebih 5,000 orang di Gaza sejak perang meletus pada 7 Oktober lalu. Data Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyebut, sebanyak 62 peratus daripada kematian akibat perang itu melibatkan kaum wanita dan kanak-kanak, sementara 15.273…

Read More

Awas episod hujan lebat hingga Nov.

KUALA LUMPUR 24 Okt. – Orang ramai dinasihatkan sentiasa peka dengan perubahan cuaca, susulan jangkaan empat hingga enam episod hujan lebat melanda negara mulai November hingga Feb 2024. Pengarah Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)! Dr Fariza Yunus berkata, hujan lebat itu berpotensi mengakibatkan banjir di kawasan berisiko. Katanya,perubahan cuaca itu berlaku disebabkan Monsun Timur Laut (MTL) yang bermula pada pertengahan bulan depan hingga Mac 2024. Semasa tempoh itu,  episod hujan lebat diramal berlaku di Kelantan, Terengganu dan Pahang bermula November hingga Disember, sebelum beralih ke…

Read More