Bersatu masih kukuh

MUAR 11 Julai – Kedudukan Bersatu masih kukuh walaupun beberapa pemimpinnya mengumumkan keluar parti dan meletak jawatan sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), kata Muhyiddin Yassin.

“Insya Allah. Parti Bersatu masih jitu,” jawab Presiden Bersatu itu ketika diajukan soalan berkenaan oleh media selepas selesai mengundi hari ini.

Semalam, Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah mengesahkan peletakan jawatannya sebagai ahli MPT bagi memberi tumpuan penuh kepada urusan pentadbiran kerajaan negeri.

Turut mengambil langkah sama menyerahkan surat peletakan jawatan pada minggu lalu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sena merangkap Exco kerajaan negeri, Marzita Mansor.

Manakala Setiausaha Bersatu Perlis yang juga Ahli Dewan Negara, Senator Azahar Hassan mengumumkan keluar parti dan melepaskan semua jawatannya untuk menyertai Wawasan.

Mengulas peletakan jawatan Abu Bakar, Muhyiddin berkata beliau tidak mahu isu berkaitan dibincang di luar parti sebelum memberi sebarang kenyataan.

“Dia (Abu Bakar) letak jawatan sebagai Ahli MPT tetapi dia masih ahli parti Bersatu.

Bagaimanapun, saya akan dapatkan laporan lengkap apa kedudukan sebenar ini. Jadi soal-soal sebelum ini dalam parti saya tak akan bincang banyak di luar,” katanya.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment