Dakwaan PMX diancam kenyataan pelik, lucu

KUALA LUMPUR 26 Okt. –  Pas menyifatkan kenyataan Perdana Menteri Anwar Ibrahim bahawa beliau “diancam” berikutan kritikannya terhadap kerajaan Israel dalam isu perang di Gaza sebagai pelik, malah melucukan. Setiausaha Agungnya, Takiyuddin Hassan sebaliknya, percaya kenyataan “alarmist” sebegini yang bertujuan untuk menonjolkan “kehebatan” dan “kepentingan” Perdana Menteri sudah menjadi ciri kekal pentadbirannya yang sehingga kini masih terkial-kial dalam mendapatkan sokongan dan kepercayaan awam. Katanya , jika “ancaman”  itu benar-benar wujud dan berlaku, sebagai ketua kerajaan, langkah wajar yang perlu diambil oleh Perdana Menteri ialah dengan memanggil duta atau wakil negara…

Read More

Malaysia mahu isu kekejaman Israel ke ICC, ICJ

KUALA LUMPUR 26 Okt. –  Isu berkaitan Palestin telah pun dibawa ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dan masih dalam proses siasatan, kata Menteri Luar,  Dr Zambry Abdul Kadir. Katanya, mengikut peruntukan dalam Statut Rom, sesuatu kes jenayah antarabangsa yang tersenarai dalam Statut itu hanya boleh dirujuk kepada ICC oleh tiga pihak, sama ada negara-negara ahli Statut Rom di mana Malaysia bukan sebahagiannya, Majlis Keselamatan PBB atau Pendakwa Raya ICC. “Palestin sudah menerima pakai Statut Rom pada 2015. Susulan itu, Pendakwa Raya ICC sudah membuat pemeriksaan awal ke atas situasi Palestin,…

Read More

Dedah siapa berani ugut PMX, hantar nota bantahan

KUALA LUMPUR  26 Okt. –  Kerajaan diminta mendedahkan negara yang berani melakukan ugutan serta menekan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim susulan ketegasan Malaysia mempertahankan nasib rakyat Palestin. Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) berkata, pihaknya tidak sanggup melihat Anwar ditekan dan diugut seperti itu, dan Malaysia harus menghantar nota bantahan kepada kedutaan negara berkenaan jika ada di negara ini. “Apabila kita dengar Perdana Menteri menyatakan bahawa beliau menerima ugutan, ancaman, tekanan dan sebagainya, saya fikir menteri kena dedahkan negara mana yang berani menekan dan mengugut Perdana Menteri yang kita sayang ini. “Kita…

Read More

“Apa khabar, khabar baik, Terima kasih, sama-sama”

BAGI yang mengikuti persidangan Dewan Rakyat minggu ini, iaitu pada Isnin, 23 Oktober 2023, tentunya dapat mengingati soalan-soalan berkaitan taraf kewarganegaraan yang dibangkitkan oleh dua orang wakil rakyat. Lo Su Fui (GRS-Tawau) membangkitkan lebih satu juta penduduk di Sabah tidak berdokumen, dan mendakwa KDN tidak serius menyelesaikan isu kewarganegaraan walaupun pemohon dengan dokumen yang lengkap dan menang kes mahkamah. Sementara Dr. Wee Jeck Seng (BN-Tanjong Piai) mendakwa proses mendapat kewarganegaraan memakan masa tiga, empat tahun, kadangkala tak ada jawapan atau biasanya jawapan dalam proses. Beliau merujuk kes warga emas. Menjawab…

Read More

Malaysia komited sertai debat di PBB

PUTRAJAYA 26 Okt. – Malaysia komited untuk menyertai Debat Terbuka Peringkat Tinggi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai situasi di Asia Barat pada 24 Oktober dan Sesi Khas Kecemasan pada Perhimpunan Agung di ibu pejabat PBB, New York hari ini. Wisma Putra dalam kenyataan berkata, Malaysia turut menggesa pengisytiharan gencatan senjata ke atas semua tindakan keganasan termasuk perbuatan ganas, provokasi, hasutan dan kemusnahan oleh pihak tidak bertanggungjawab. Dalam kenyataan itu, Malaysia bersama Brunei, Bangladesh, Kemboja, Indonesia, Laos, Maldives, Timur Leste dan Vietnam menyokong permohonan kumpulan negara Arab dan Pertubuhan…

Read More

Lapan kertas kerja pastikan keterjaminan makanan

PUTRAJAYA 25 Okt. – : Jawatankuasa Kabinet Mengenai Dasar Sekuriti Makanan Negara (JKSMN) yang bersidang hari ini mengetengahkan lapan kertas kerja dalam memastikan keterjaminan dan kestabilan makanan negara selamat serta mencukupi. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu dalam satu kenyataan berkata, daripada jumlah itu, empat daripadanya adalah untuk mendapatkan kelulusan manakala selebihnya kertas makluman. Katanya, sesi mesyuarat turut memberi tumpuan dalam memperkasa sekuriti makanan negara melalui pelaksanaan inisiatif berimpak tinggi. Ini termasuk pelaksanaan Projek Industri Tenusu Negara melalui Projek Pembangunan Ladang Tenusu Integrasi di Chuping, Perlis serta Cadangan Pelaksanaan…

Read More

Tiada ritual agama Menteri KDN daftar perkahwinan

PUTRAJAYA 25 Okt. –  Menteri Dalam Negeri selaku menteri yang bertanggungjawab bagi pendaftaran perkahwinan sivil boleh melakukan pendaftaran perkahwinan pasangan bukan Islam, selaras dengan Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 [Akta 164]. Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dalam satu kenyataan hari ini berkata, JPN adalah agensi yang bertanggungjawab melaksanakan pendaftaran perkahwinan sivil serta merekodkan maklumat perkahwinan dan perceraian bagi bukan Islam. “Berdasarkan Akta 164, Menteri Dalam Negeri adalah menteri yang bertanggungjawab bagi pendaftaran perkahwinan sivil yang mana membolehkan beliau melakukan pendaftaran perkahwinan pasangan bukan Islam. Selain Menteri Dalam Negeri, Ketua…

Read More

Sidang Dewan Rakyat tidak cukup kuorum

KUALA LUMPUR 25 Okt. – Sesi perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2024 di Dewan Rakyat petang ini tertangguh seketika ekoran tidak cukup kuorum bersidang. Penangguhan dibuat selepas Mohd Misbahul Munir Masduki (PN-Parit Buntar) membangkitkan peraturan mesyuarat 13(1), selepas mendapati kehadiran tidak cukup Ahli Parlimen sekurang-kurangnya 26 orang dalam dewan. “Tak cukup korum. Hanya 17, 18 orang saja. Ahli Parlimen kerajaan cuma tujuh orang (dalam dewan),” katanya. Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Alice Lau Kiong mengarahkan loceng dibunyikan dan ia berlangsung selama kira-kira dua minit. Terdahulu, Ahli Parlimen Stampin, Chong Chieng Jen…

Read More

Serah peruntukan kepada JKM, Baitulmal

KUALA LUMPUR 25 Okt. – Jika tidak mahu memberi peruntukan secara terus kepada wakil rakyat pembangkang, Datuk Idris Ahmad (PN-Bagai Serai), mencadangkan ia diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Baitulmal atau Pejabat Daerah. Beliau berkata tindakan sedemikian boleh dibuat jika kerajaan terus berdolak-dalih dan tidak percaya kepada Ahli Parlimen pembangkang, khususnya dalam menguruskan peruntukan di kawasannya. “Kalau peruntukan itu tak mahu bagi pada kami tidak apa, kononnya dituduh peruntukan ini nanti diberi kepada TikTok, tak apa. Tapi biarlah peruntukan ini ada di kawasan kami. Sekarang ini kami datang ke Parlimen,…

Read More