Satu lagi PRK di Terengganu PN hilang Kemaman

KUALA LUMPUR 26 Sept. – Satu lagi Pilihan Raya Kecil (PRK) dijangka berlangsung di Terengganu apabila Mahkamah Pilihan Raya hari ini membatalkan kemenangan calon Perikatan Nasional (PN) Che Alias Hamid di kerusi Parlimen Kemaman. Ini berikutan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu merangkap Hakim Pilihan Raya, Anselm Charles Fernandis membenarkan petisyen pilihan raya oleh pengundi, Wan Mohamad Hisham Wan Abdul Jalil. Hakim Anselm Charles telah menerima dakwaan pempetisyen di dalam Petisyen Pilihan Raya bahawa terdapat sogokan di beberapa majlis rasmi Kerajaan Negeri Terengganu melalui dana bantuan i-Belia dan i-Siswa yang diagihkan…

Read More

Bersedia hadapi gangguan air bulan depan

SEPANG 26 Sept. – Penduduk di 338 kawasan di Petaling, Kuala Lumpur dan Hulu Langat dijangka mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula pukul 9 pagi 10 Oktober ini susulan pelaksanaan kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Langat. Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), dalam satu kenyataan berkata, sebanyak 37 kawasan di Petaling, Kuala Lumpur (201) dan Hulu Langat (100). Menurut Air Selangor, kerja-kerja penyelenggaraan dijangka siap pukul 7 malam pada hari yang sama manakala bekalan air dijangka pulih sepenuhnya pada pukul 12 tengah hari,…

Read More

Peralihan empat KSU Kementerian

PUTRAJAYA 25 Sept. – Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Sumber Manusia, Dr Zaini Ujang ditukarkan sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan (KKM) berkuat kuasa esok. Ketua Setiausaha Negara, Mohd Zuki Ali, berkata, Isham Ishak yang kini menjawat jawatan KSU Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), akan bertugas sebagai KSU Kementerian Pertahanan. Dalam satu kenyataan hari ini, Mohd Zuki juga mengumumkan KSU Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Azman Mohd Yusof, bertukar sebagai KSU Kementerian Perpaduan. Manakala KSU Kementerian Perpaduan,  Noridah Abdul Rahim, ditukarkan ke Jabatan Wilayah Persekutuan sebagai Ketua…

Read More

Menteri jelas dewan kosong ketika PMX berucap

KUALA LUMPUR 25 Sept. – Seorang anggota Kabinet yang mengikuti delegasi diketuai Anwar Ibrahim ke Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) tampil menceritakan situasi sebenar ‘dewan hampir kosong’ ketika Perdana Menteri sedang berucap. Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, dalam perkongsian video di akaun TikTok hari ini memberitahu, beliau difahamkan ramai delegasi antarabangsa yang bertindak keluar dari dewan berkenaan ketika giliran Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyampaikan ucapan. “Sebenarnya macam ini, keadaan yang berlaku itu semasa kami masuk…Perdana Menteri Israel sedang menyampaikan kenyataan negara dan memang ketika itu, memang ramai keluar…

Read More

PRK Jepak: PBB harap ‘tidak diganggu’

KUALA LUMPUR 25 Sept. – Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berharap ‘tidak diganggu’ oleh parti komponen Kerajaan Perpaduan dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak, 4 November ini. Setiausaha Agung PBB, Alexander Nanta Linggi, berkata, PBB dijangka tidak berdepan masalah untuk bekerjasama dengan komponen Kerajaan Perpaduan pada PRK yang pertama diadakan selepas pembentukan kerjasama berkenaan. “Secara demokrasinya, memang (parti dari Semenanjung) boleh datang berkempen kerana ia terbuka. Cuma, jika kita amalkan semangat setia kawan dalam satu Kerajaan Perpaduan, mungkin PBB boleh harapkan PBB tidak diganggu,” katanya.…

Read More

Dewan Ulamak Pas gesa Howard Lee mohon maaf

KUALA LUMPUR 25 Sept. – Dewan Ulamak Pas Pusat menggesa Ahli Parlimen Ipoh Timur, Howard Lee Chuan How memohon maaf atas tindakan tidak bertanggungjawab mengeluarkan pandangan menyeleweng dan tidak tepat terhadap tafsiran ayat suci al-Quran, kata Ketuanya Ahmad Yahaya. Beliau berkata walaupun secara asasnya tidak menjadi kesalahan kepada golongan bukan Islam untuk menghayati ayat-ayat al-Quran mahupun apa juga ajaran agama Islam yang berkaitan namun, tidak harus bagi seseorang itu memberikan tafsiran secara longgar dan semberono. Bagaimanapun, katanya, tidak harus bagi seseorang itu memberikan tafsiran secara longgar dan semberono terhadap ayat…

Read More

PRK DUN Jepak 4 November

PUTRAJAYA 25 Sept. –  Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak pada 4 November ini dengan 21 Oktober sebagai hari penamaan calon. Timbalan Pengerusi SPR, Dr Azmi Sharom, berkata hari pengundian awal pula ditetapkan pada 31 Oktober ini dengan tempoh berkempen selama 14 hari. “Tempoh berkempen bermula selepas pengisytiharan calon yang bertanding pada 21 Oktober 2023 sehingga jam 11.59 malam, 3 November 2023,” katanya pada sidang media di sini, hari ini. Pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan undi pula ditetapkan di Balai Raya…

Read More

Maximus Ongkili sukar berkomunikasi

PENAMPANG 25 Sept. – Persoalan mengenai keadaan sebenar  Dr Maximus Ongkili yang mendiamkan diri sejak beberapa bulan lalu terjawab selepas Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS),  Dr Joachim Gunsalam menjelaskan mengenai gangguan kesihatan yang dialami Presiden parti itu. Dr Joachim yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah menjelaskan, berikutan gangguan kesihatan yang dialami Maximus, bekas Ahli Parlimen Kota Marudu itu menghadapi kesukaran berkomunikasi. Berikutan keadaan itu, Dr Joachim berkata, Maximus meminta maaf kepada perwakilan dan semua ahli PBS kerana tidak dapat berkomunikasi dengan mereka. Dr Joachim ketika mewakili Maximus menyampaikan ucapan…

Read More

Wanita pertama Ketua Pengarah Kastam

PUTRAJAYA 25 Sept. – Buat kali pertama, seorang penjawat awam wanita diberi kepercayaan menyandang jawatan sebagai Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), berkuat kuasa hari ini. Anis Rizana Mohd Zainudin, 54, dilantik menduduki jawatan itu berikutan persaraan Datuk Zazuli Johan. Ketua Setiausaha Negara, Mohd Zuki Ali, berkata Anis Rizana berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari Western Michigan University, Amerika Syarikat (AS) dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Putra Malaysia (UPM). Dalam kenyataannya, Mohd Zuki berkata Anis Rizana berpengalaman luas dalam perkhidmatan awam selama 29 tahun dengan jawatan…

Read More