Kes jangkitan Filipina cecah 1.5 juta

MANILA 17 Julai – Jumlah kes jangkitan Covid-19 di Filipina mencecah 1.5 juta orang apabila 6,040 lagi kes baharu dilaporkan hari ini yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 1,502,359.

Menurut Jabatan Kesihatan (DoH), setakat pukul 4 petang ini, sebanyak 122 pesakit dilaporkan meninggal dunia dan ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian meningkat kepada 26,598 orang.

Bagaimanapun jumlah kes sembuh mengatasi kes positif dengan merekodkan 7,213 pesakit pulih. Ini menjadikan 1,428,504 pesakit pulih atau 95.1 peratus.

Kes aktif pula sebanyak 47,257 atau 3.1 peratus.

Related posts

Leave a Comment