KUALA PILAH 24 Ogos – Sepuluh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan bagi penggal ke-15 mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir di Istana Besar Seri Menanti, di sini, pagi ini. Selain Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat, Aminuddin Harun dari PKR yang kekal sebagai Menteri Besar, ADUN lain yang mengangkat sumpah adalah empat ADUN daripada UMNO, DAP (empat) dan PKR (dua). Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Sembilan yang juga ADUN Simpang Pertang, Jalaluddin Alias, dilantik sebagai Exco kanan manakala tiga…
Read MoreMonth: August 2023
Berita pilihan…
Muar pintu masuk gelombang PN di Johor
MUAR 24 Ogos – Gelombang Perikatan Nasional (PN) yang melanda beberapa negeri ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos lalu, dijangka berulang di Johor dengan kemasukannya bermula dari Muar sebelum berakhir di Johor Bahru. Ketua Pengarah Pilihan Raya PN, Muhammad Sanusi Md Nor, berkata Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram akan menjadi pintu masuk serta pencetus gelombang PN sebelum bertapak di negeri ini pada pilihan raya akan datang. Justeru pengundi di DUN Simpang Jeram perlu membuat eksperimen untuk memastikan gelombang ini terus kekal serta sebagai isyarat penting kepada Pakatan Harapan…
Read MoreSemua negeri PN pilih logo, tema Kerajaan Persekutuan.
SEPANG 24 Ogos – Kerajaan negeri Perlis mengikut jejak kerajaan Terengganu, Kedah dan Kelantan untuk mengguna logo serta tema sambutan Hari Kebangsaan yang sama seperti diperkenalkan Kerajaan Persekutuan. Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli, berkata keputusan itu dibuat bagi sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Perlis 2023 pada 30 Ogos nanti. “Kerajaan negeri akan menggunakan logo dan moto yang sama seperti Pusat pada Majlis Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perlis yang akan diadakan di Kompleks Dewan Undangan Negeri pada malam 30 Ogos nanti,” katanya, malam tadi. Berikutan pendirian Perlis itu, semua…
Read MoreMedia Hari Ini Khamis 24.08.2023
PN yakin gelombang tular ke Johor
JOHOR BAHRU 23 Ogos – Perikatan Nasional (PN) yakin gelombang yang menyumbang kepada kemenangan parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri baru-baru ini, akan menular serta memberi impak besar di Johor. Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin, berkata momentum gelombang itu dijangka akan diteruskan pengundi negeri ini, sekali gus membawa kejayaan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, 9 September nanti. Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri berkata, PN perlu meningkatkan usaha untuk memujuk lebih 90 peratus pengundi Melayu keluar mengundi bagi…
Read MoreBersatu, Pas wakili PN hadapi PRK
JOHOR BAHRU 23 Ogos – Perikatan Nasional (PN) mengumumkan Zulkifli Jaafar dan Dr Mohd Mazri Yahya sebagai calon mewakili gabungan itu masing-masing bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram. Zulkifli, usahawan kelahiran Tampoi adalah Timbalan Ketua Bersatu Bahagian Pulai, manakala Dr Mohd Mazri Yahya, pakar bedah vaskular dan endovaskular yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Johor merangkap Ahli Jawatankuasa Pas Pusat. Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin mengumumkan calon-calon berkenaan di Bilik Gerakan Utama PN Pulai di sini. Hadir sama Presiden Gerakan, Dr Dominic Lau yang…
Read MoreTema tambah Membangun Bersama Islam
KOTA BHARU 23 Ogos – Kelantan akan menggunakan logo dan tema bagi sambutan Hari Kebangsaan selari dengan Kerajaan Persekutuan sebagaimana yang diperkenalkan Kementerian Komunikasi dan Digital. Timbalan Menteri Besar Kelantan Dr Mohamed Fadzli Hassan bagaimanapun berkata, terdapat tambahan kepada tema asal iaitu Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan, Membangun Bersama Islam’. “Untuk Kelantan, kita hanya tambah ayat di hujung iaitu Membangun Bersama Islam. Lain-lain serta logo adalah sama. “Bagaimanapun sambutan Hari Kebangsaan akan diadakan sedikit berbeza iaitu pada waktu malam 30 Ogos dengan acara bermula jam 6.30 petang,” katanya pada…
Read MoreMB umum portfolio Exco Kelantan
KOTA BHARUn23 Ogos – Menteri Besar Kelantan, Mohd Nassuruddin Daud, akan menggalas tanggungjawab sebagai Exco Perancangan, Pentadbiran awam, Kewangan, Ekonomi dan Tanah. Timbalannya, Dr Mohamed Fadzli Hassan pula akan memegang portfolio Pembangunan Wilayah, Sumber Asli, Integriti, Pembangunan Insan dan Undang-undang. Bercakap pada sidang media hari ini, Mohd Nassuruddin berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kubur, Wan Roslan Wan Hamat memegang portfolio Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi. ADUN Demit, Mohd Asri Mat Daud pula dilantik sebagai Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta. Sementara itu, Exco…
Read MoreMB Selangor pegang lima portfolio
SHAH ALAM 23 Ogos – Menteri Besar Amirudin Shari memegang lima portfolio ketika mengumumkan senarai portfolio bagi dirinya dan 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang dilantik baru-baru ini. Portfolio itu adalah Pembangunan Tanah dan Sumber Alam, Kewangan dan Tindakan Ekonomi, Pemodenan Pentadbiran dan Digitalisasi Kerajaan, Komunikasi Strategik serta Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan. Bercakap pada sidang media khas selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco hari ini, beliau berkata Ng Sze Han dilantik sebagai Exco Pelaburan Perdagangan dan Mobiliti; Ir Izham Hashim (Infrastruktur dan Pertanian), manakala Borhan Aman Shah (Perumahan dan…
Read More