MB umum portfolio Exco Kelantan

KOTA BHARUn23 Ogos –  Menteri Besar Kelantan, Mohd Nassuruddin Daud, akan menggalas tanggungjawab sebagai Exco Perancangan, Pentadbiran awam, Kewangan, Ekonomi dan Tanah.

Timbalannya,  Dr Mohamed Fadzli Hassan pula akan memegang portfolio Pembangunan Wilayah, Sumber Asli, Integriti, Pembangunan Insan dan Undang-undang.

Bercakap pada sidang media hari ini, Mohd Nassuruddin berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kubur, Wan Roslan Wan Hamat memegang portfolio Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi.

ADUN Demit, Mohd Asri Mat Daud pula dilantik sebagai Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta.

Sementara itu, Exco Pelaburan, Perindustrian, Sumber Manusia, Perdagangan dan Keusahawanan disandang Datuk Mejar (B) Md Anizam Ab Rahman manakala Hilmi Abdullah portfolio Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar.

Datuk Dr Izani Husin yang juga ADUN Kijang memegang portfolio Kerja Raya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar.

Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita pula digalas ADUN Tanjong Mas, Rohani Ibrahim, manakala Exco Belia, Sukan NGO dan Perpaduan Masyarakat disandang ADUN Apam Putra, Zamakhshari Muhamad.

Wakil tunggal Bersatu (Ayer Lanas), Datuk Kamaruddin Md Nor dilantik sebagai Exco Pelancongan , Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.

Selepas PRN yang lalu, 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelantan dari Pas dan satu Bersatu dilantik sebagai Exco

Related posts

Leave a Comment