Pemuda UMNO mahu penjelasan Kor Ming

SEPANG 23 Ogos – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh menuntut penjelasan  Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming mengapa replika cek sumbangan kepada sekolah-sekolah Cina menggunakan logo parti. “Kami mahukan penjelasan dari YB menteri Nga Kor Ming. Adakah sumbangan ini dari pihak kerajaan? “Jika dari pihak kerajaan,apakah kaitan logo DAP berada di mock up cheque sumbangan tersebut? Jangan jadi bodoh bila dah menjadi menteri!!!,” kata Akmal melalui hantaran di Facebooknya. Beliau mengulas laporan media mengenai sumbangan tersebut yang pada replika cek sumbangan itu tertera logo DAP di sebelah…

Read More

Setahun Najib di sebalik tirai besi

365 hari telah berlalu pergi Di sebalik tirai besi Beralaskan dinginnya lantai simen Tikar sejadah menjadi teman Sujud Mengerjakan solat lima waktu Merayu belas kasihanNya meringankan ujian beban Mendoakan ketenangan, kebebasan derita Di subuh Menanti sinar mentari pagi Menembusi jendela tirai besi Di waktu senja bertukar malam Hening dan sunyi Mengalunkan Al-Quran Berzikir dengan hati Keseorangan. Walaupun tahu Allah sentiasa ada Tidak akan pernah meninggalkan hambaNya   (Petikan FB Najib)

Read More

Thaksin masuk hospital polis

BANGKOK: Bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra dimasukkan ke hospital polis berikutan mengalami masalah kesihatan pada hari pertama menjalani hukuman penjara selepas pulang ke tanah air, semalam. Bagaimanapun status kesihatan Thaksin belum jelas setakat ini dan pegawai Jabatan Koreksional dilaporkan berkata, Thaksin mempunyai masalah sedia ada berkaitan jantung, paru-paru, tulang belakang serta tekanan darah. Menurut laporan media, pihak enjara telah menilai keadaan dan mendapati ia kekurangan doktor serta peralatan perubatan untuk keperluan penjagaan pesakit berkenaan dan berikutan itu beliau dihantar ke hospital polis. Semalam Mahkamah Agung Thailand menjatuhkan hukuman penjara…

Read More

Hong Kong aktif kawalan import dari Jepun

HONG KONG: Berikutan hasrat Jepun melepaskan air radioaktif terawat daripada loji nuklear Fukushima yang lumpuh ke dalam laut, Hong Kong mengaktifkan kawalan import bagi melindungi keselamatan makanan dan kesihatan awam. Hab kewangan Asia itu berkata, larangan import akan berkuat kuasa mulai esok, 24 Ogos, bersamaan dengan hari Jepun mula melepaskan air terawat. Jepun mengumumkan akan melepaskan lebih daripada satu juta tan air dari loji di utara Tokyo itu yang dikatakan selamat. Loji itu musnah akibat tsunami 2011 dan kebanyakan air itu digunakan untuk menyejukkan reaktor yang rosak. Ketua Eksekutif Hong…

Read More

Tiga rebut jawatan Presiden Singapura

SINGAPURA 22 Ogos –  Pilihan Raya Presiden Singapura yang akan berlangsung pada 1 September ini melibatkan pertandingan tiga penjuru selepas ketiga-tiga calon berjaya memfailkan kertas pencalonan pada Hari Penamaan Calon hari ini. Ng Kok Song, Tharman Shanmugaratnam dan Tan Kin Lian memfailkan kertas pencalonan di ibu pejabat Persatuan Rakyat (PA) di King George’s Avenue sejak sekitar 9.45 pagi untuk menyerahkan dokumen-dokumen yang diperlukan. Mantan Ketua Pegawai Pelaburan GIC, Kok Seng 75, calon pertama tiba, diikuti dengan mantan Ketua Eksekutif NTUC Income, Kin Lian, juga 75, dan kemudian mantan Menteri Kanan, …

Read More

Srettha Thavisin, sah PM baharu Thailand

BANGKOK: Wakil parti Pheu Thai, Srettha Thavisin, disahkan sebagai Perdana Menteri Thailand yang ke-30 selepas berjaya mendapatkan sokongan majoriti ahli Parlimen dan Senat negara itu. Jutawan hartanah yang dianggap muka baharu dalam politik itu mula berkecimpung hanya beberapa bulan sebelum pilihan raya umum (PRU) Mei lalu, melepasi 375 undi yang diperlukan bagi menjadi Perdana Menteri dan membentuk kerajaan. Kebuntuan selama tiga bulan itu berakhir pada hari yang sama bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, pulang daripada buangan. Srettha, bekas presiden syarikat pembangunan hartanah Sansiri, kini bertanggungjawab membentuk kerajaan merangkumi gabungan…

Read More

Cukuplah! Mari kita kibarkan Jalur Gemilang

HENTIKAN komen yang menghentam dengan pelbagai label berhubung cadangan Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), Ahmad Fadhli Shaari mahu mengguna tema dan logo sambutan Hari Kebangsaan yang berbeza dengan Kerajaan Pusat. Cukuplah tu! Patriotik tidak pada tema dan logo. Apakah isunya jika Pemuda PN mahu menggunakan tema sendiri. Bukankah itu sekadar cadangan di peringkat parti? Bukannya mahu digunakan di peringkat kebangsaan, malahan negeri di bawah PN juga tidak dipaksa menggunakan logo atau tema itu. Terengganu lebih awal menyatakan, akan menggunakan logo dan tema yang diperkenalkan oleh kerajaan Pusat. Sejak idea Ahmad…

Read More

Hari-hari penjawat awam boleh pakai batik

PUTRAJAYA 22 Ogos –  Mulai semalam, 21 Ogos, semua penjawat awam dibenarkan memakai pakaian batik pada setiap hari waktu bekerja dan diwajibkan pada hari Khamis seperti sebelum ini. Peraturan itu dinyatakan dalam surat edaran “Pemakaian Pakaian Batik Malaysia Semasa Waktu Bekerja Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan” bertarikh 21 Ogos 2023 yang ditandatangani Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Dr Zulkapli Mohamed. Menurut surat edaran itu, ketetapan pemakaian batik itu dikecualikan bagi pegawai yang dibekalkan pakaian seragam atau menghadiri majlis rasmi dengan ketetapan kod pakaian tertentu. “Pemakaian batik Malaysia oleh pegawai perkhidmatan…

Read More