Peruntukan tidak sama rata bagi ADUN Pulau Pinang

TANJONG 29 Ogos – Pulau Pinang akan meneruskan dasar pemberian peruntukan secara tidak sama rata kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tertakluk status penyokong kerajaan atau pembangkang, kata Ketua Menteri, Chow Kon Yeow. Beliau berkata ketika ini semua 40 ADUN bagi penggal baharu akan menggunakan baki peruntukan yang disalurkan kepada ADUN terdahulu yang masih ada baki peruntukan bagi suku tahun keempat tahun ini daripada ADUN terdahulu. “Ketika ini, peruntukan kepada pembangkang masih kekal sebab sekarang sudah masuk suku terakhir (tahun 2023). Jadi semua ADUN yang baharu akan menguruskan peruntukan…

Read More

Choo Kiang Speaker DUN Pulau Pinang

TANJONG 29 Ogos – Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Pulau Pinang, Law Choo Kiang, dilantik sebagai Yang Dipertua (Speaker) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang bagi penggal ketiga berturut-turut, hari ini. Choo Kiang, 53 adalah calon tunggal dilantik bagi jawatan itu pada Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama, Sidang DUN Ke-15 bagi pemilihan Yang Dipertua di DUN Pulau Pinang. Pencalonan Choo Kiang dicadangkan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow sebelum disokong Timbalan Ketua Menteri I, Dr Mohamad Abdul Hamid, pada Majlis Angkat Sumpah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang, hari ini.…

Read More

Hadi sembunyi fakta negara berkebajikan

MUAR 29 Ogos – Presiden Amanah, Mohamad Sabu mendakwa keputusan Pas memutuskan hubungan dengan DAP kerana parti itu menolak hudud hanyalah alasan yang sengaja direka untuk memanipulasi rakyat. Sebaliknya, beliau mendedahkan, kata sepakat berkaitan isu hudud antara Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat telah pun dipersetujui. Menurut bekas Timbalan Presiden Pas itu, keputusan Pas meninggalkan DAP adalah kerana mereka mahu mewujudkan kerjasama Kerajaan Perpaduan dengan UMNO selepas pilihan raya umum (PRU) pada 2013. Katanya, menjelang PRU-13 isu hudud bergema di Malaysia dan perbincangan khas antara pemimpin Pakatan Rakyat berlangsung di…

Read More

MKI cadang wujud jawatankuasa khas

SHAH ALAM 28 Ogos – Satu Jawatankuasa Khas perlu ditubuhkan bagi membuat kajian yang mendalam dan kritikal mengenai kompetensi Dewan Undangan Negeri-negeri untuk menggubal undang-undang Islam di bawah Enakmen negeri serta bidang kuasa Mahkamah Syariah, titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah. Baginda bertitah demikian berikutan terdapat beberapa kes yang sedang berlangsung menggambarkan kedudukan Enakmen-enakmen negeri yang melibatkan peruntukan bagi kesalahan-kesalahan jenayah Syariah semakin tercabar sekali gus menjejaskan bidangkuasa Mahkamah Syariah di negeri-negeri. “Beta berpandangan, adalah perlu satu Jawatankuasa Khas ditubuhkan bagi membuat kajian yang mendalam dan kritikal tentang persoalan…

Read More

Muktamadkan isu kalimah Allah secara hikmah

SHAH ALAM 28 Ogos –  Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) hari ini membincangkan isu penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam dengan menggariskan panduan yang lengkap dan komprehensif. Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mempengerusikan mesyuarat itu bertitah, segala keputusan yang dicapai oleh MKI berkaitan isu kalimah Allah ini nanti akan diangkat kepada Majlis Raja-Raja pada mesyuaratnya yang akan datang. Menurut baginda, penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam adalah isu sensitif dalam kalangan umat Islam di Malaysia serta melibatkan penggunaan kalimah Allah oleh sebahagian orang…

Read More

Kursi Ismail Sabri Yaakob di TGBC

BANGKOK: Thai Global Business Administration Technological College (TGBC), Thailand, secara rasmi menubuhkan Kursi Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk memperkasakan Bahasa Melayu di rantau ini. Pejabat bekas Perdana Menteri itu dalam satu kenyataan memaklumkan, penubuhan kursi terbabit diumumkan oleh Pengarah TGBC, Dr Prattana Srisuk, pada satu majlis di sini, hari ini. Kursi itu khusus untuk memperkenal serta mempromosikan pengajian Bahasa Melayu dan ketamadunan Melayu di kolej terbabit dan di Thailand. Difahamkan, ia adalah kursi pertama di institut pengajian tinggi (IPT) di Thailand yang khusus untuk pengajian dan penyelidikan ketamadunan Melayu…

Read More

Kementerian Kesihatan sita air zam zam

PUTRAJAYA 28 Ogos –  Sebanyak 83 botol atau 41.5 liter produk air zam zam bernilai RM2,075 disita di Wilayah Persekutuan dan 10 botol (5 liter) air zam zam bernilai RM1,600 dirampas di Petaling Jaya baru-baru ini. Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), mengadakan operasi khas di beberapa kawasan bagi menyiasat penjualan serta pengedaran produk yang didakwa air zam zam. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan, berkata hasil operasi yang dijalankan di ibu kota pada Jumaat lepas, seorang individu didapati menjual produk air zam…

Read More

Hadi sedia disiasat isu Lembaga Pengampunan

SEPANG  28 Ogos – Presiden Pas, Abdul Hadi Awang sedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada Bukit Aman berhubung suatu laporan polis terhadap ucapan beliau dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Simpang Jeram, Johor. Setiausaha Politiknya, Mohd Syahir Sulaiman berkata, pihaknya telah dihubungi Bukit Aman pagi tadi untuk memberi keterangan. “Perkara ini telah pun dimaklumkan kepada Tan Sri Tuan Guru dan beliau menyatakan kesediaan untuk memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Bukit Aman. “Malah sebelum ini Tan Sri Tuan Guru telah pun memberikan keterangan kepada Bukit Aman, termasuklah menyerahkan peranti (telefon bimbit) milik pengendali…

Read More