“Dulu mereka marah Pas kerjasama dengan UMNO”

MUAR 30 Ogos – Jika kelmarin Mohamad Sabu mendakwa Pas keluar Pakatan Rakyat untuk berbaik dengan UMNO, semalam Pas pula ‘mendedahkan’ pemimpin Amanah itu keluar Pas kerana marahkan parti itu mahu berbaik dengan UMNO. Naib Presiden Pas,  Idris Ahmad berkata, sebaliknya apa yang berlaku sekarang, Amanah pula menjalinkan kerjasama rapat dengan UMNO dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH) – Barisan Nasional (BN). “Presiden dia kelmarin mahu buat pendedahan besar. Kita ingatkan dia nak bagi tahu apa.. rupa-rupanya bagi tahu Pas keluar daripada Pakatan Rakyat bukan kerana hudud tetapi kerana sebab Pas…

Read More

Tolak kerjasama dengan parti muslihat

PUTRAJAYA  30 Ogos – UMNO tidak berhasrat untuk menjalinkan semula hubungan kerjasama dengan parti atau pemimpin yang bermuslihat, kata Presidennya,  Dr Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan Perdana Menteri itu berkata kerjasama harus datang daripada keikhlasan dan bukan manipulasi serta beberapa tindakan yang tidak dialu-alukan, kerana penuh dengan muslihat. “Mana-mana pemimpin dan parti yang sangat bermuslihat, saya tidak fikir kita (UMNO) harus revisit hubungan itu,” katanya seperti dilaporkan Bernama ketika diminta mengulas laporan Pas masih terbuka meneruskan agenda penyatuan ummah bersama UMNO. Beliau ditemui media selepas majlis makan malam bersama duta dan…

Read More

Polis siasat ‘Imam Mustaqim’

KUALA LUMPUR 30 Ogos – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan terhadap pemilik laman sosial Facebook, ‘Imam Mustaqim’ yang disyaki menghina Sultan Selangor. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, siasatan dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT). “Individu itu membuat hantaran yang berkecenderungan menghasut bagi mendatangkan penghinaan atau membangkitkan perasaan tidak setia kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor di Facebook semalam (kelmarin) “Siasatan kes itu sedang dijalankan,” katanya dalam kenyataan malam tadi. Shuhaily berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 serta Seksyen 233 Akta…

Read More

Polis sahkan siasat Dr Mahathir

KUALA LUMPUR 30 Ogos – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan polis telah menjalankan siasatan ke atas Dr Mahathir Mohamad berkaitan kenyataan yang berunsur penghinaan terhadap institusi diraja. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Mohd Shuhaily Mohd Zain, dalam satu kenyataan semalam berkata bekas Perdana Menteri itu dirakam keterangan bagi membantu siasatan, pada 29 Ogos. Menurut kenyataan itu, siasatan dijalankan ke atas Dr Mahathir berhubung kenyataan beliau yang berkecenderungan menghasut bagi mendatangkan penghinaan atau membangkitkan perasaan tidak setia terhadap institusi diraja, yang disiarkan MGNews pada 6 Jun lalu. “Kes disiasat…

Read More

Bidaan nombor pendaftaran istimewa

PUTRAJAYA 29 Ogos – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membuka bidaan bagi nombor pendaftaran istimewa (NPI) bermula huruf M diikuti nombor dan berakhir sekali lagi dengan huruf M, sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-66. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata bidaan itu akan dibuka mulai Khamis ini melalui Sistem Bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan Dalam Talian (JPJeBid). “Tanda indeks nombor istimewa ini dipilih dengan membawa maksud dan lambang Malaysia Merdeka sempena sambutan Hari Kebangsaan tahun ini,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini. Loke berkata, tarikh tutup bidaan NPI itu ialah 4 September…

Read More

Rakaman suara 30 minit terakhir diperoleh

PUTRAJAYA 29 Ogos – Rakaman suara 30 minit dalam komponen ‘memory puck’ pesawat jenis Beechcraft Premier 1 yang terhempas di Elmina, Shah Alam, pada 17 Ogos lalu, berjaya diekstrak di makmal di Florida, Amerika Syarikat (AS) semalam. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata hasil daripada ekstrak itu, Biro Keselamatan Kemalangan Udara (BSKU) berhasil mendapatkan rakaman suara yang jelas serta berada dalam keadaan baik. “Mengenai nahas pesawat di Elmina, semalam, dibantu jurutera di sana (Florida) membantu mendapatkan data, dan hasilnya data itu berjaya diekstrak daripada ‘memory puck’. “Jadi, semua rakaman suara dalam…

Read More

Gelombang PH landa Johor, bukan PN

ADA pandangan berbeza berhubung ‘sokongan ahli UMNO’ kepada calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai. Ini berikutan sekurang-kurangnya 11 kain rentang mengenai cawangan UMNO menolak calon PH. Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Ahmad Maslan, berkata tiada isu cawangan UMNO Bahagian Pulai menolak calon terbabit malahan ia dianggap propaganda ‘orang luar’ untuk memecah-belahkan perpaduan BN dan PH. Bagaimanapun Ketua UMNO bahagian Pulai, Nur Jazlan Mohamed mempunyai pandangan sebaliknya apabila beliau yang juga Ahli MKT itu akan menyelesaikan isu penolakan calon PH-BN oleh cawangan-cawangan UMNO dalam bahagian…

Read More