“No more” kata Mat Sabu kepada Hadi

“No more” kata Mat Sabu kepada Presiden Pas JOHOR BAHRU 28 Ogos – Presiden Amanah Mohamad Sabu akan mendedahkan pembohongan dilakukan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang di sebalik imej Islamiknya dalam ceramah di di Simpang Jeram, Muar malam ini. Mohamad berkata, sudah tiba masanya rakyat mengetahui perkara sebenar di sebalik keputusan Pas meninggalkan Pakatan Rakyat (PR), sebelum ini. “Semalam Presiden Pas ‘tembak’ mengatakan mereka (Mat Dabu dan rakan-rakan) tinggalkan PR kerana parti DAP tolak hudud. Saya tidak akan jawab malam ini, saya akan jawab malam esok (Isnin) di Simpang Jeram,…

Read More

Lebih 21,000 kes denggi kanak-kanak

DHAKA: Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Keluarga di Bangladesh, merekodkan 112,000 kes denggi, di mana lebih 21,000 kes melibatkan kanak-kanak di bawah umur 15 tahun. Lebih 500 kematian berkaitan denggi telah dilaporkan dan wabak denggi kini telah merebak ke 64 daerah. Susulan itu, Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF)  berkata ia sedang meningkatkan sokongannya kepada kerajaan Bangladesh untuk membendung wabak denggi. UNICEF berkata, ia menyampaikan kit ujian yang diperlukan dengan segera bernilai AS$2.25 juta, latihan profesional, bersama bekalan dan perkhidmatan kritikal lain dalam sektor kesihatan dan air, sanitasi dan kebersihan, untuk…

Read More

Makanan laut tempatan di kafeteria

SEOUL: Mulai Isnin, makanan laut tempatan akan dihidangkan di kafeteria dalam Pejabat Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol selama seminggu. Langkah itu sebagai tindak balas kepada kebimbangan mengenai penurunan pengambilan makanan laut selepas Jepun melepaskan air radioaktif daripada loji nuklear Fukushima yang musnah. Tindakan Jepun itu dikhuatiri memberi kesan kepada pengambilan makanan laut tempatan akibat kebimbangan keselamatan, walaupun kerajaan mengatakan ia tidak membawa risiko kesihatan selagi dilakukan secara saintifik dengan selamat. Pelbagai jenis makanan laut akan dihidangkan sepanjang minggu, bermula dengan hirisan ikan mentah dan ikan tenggiri bakar pada Isnin, selain ikan…

Read More

Cawangan UMNO tolak calon hanya provokasi

JOHOR BAHRU 27 Ogos –  Barisan Nasional (BN) tidak akan melayan provokasi kononnya ada cawangan UMNO menolak calon daripada Pakatan Harapan (PH) bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai. Sebaliknya Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Ahmad Maslan, berkata tiada isu cawangan UMNO Bahagian Pulai menolak calon terbabit walaupun terdapat sekurang-kurangnya 11 kain rentang mengenai cawangan itu menolak calon PH. Katanya, tindakan itu disifatkan propaganda pihak tertentu untuk memecah-belahkan perpaduan BN dan PH yang dilakukan orang luar, malah kain rentang itu diturunkan dalam tempoh yang singkat. “Saya ingin menafikan…

Read More

Gerakan akhirnya sokong modul

SEPANG 27 Ogos – Gerakan menyokong usaha Kementerian Pendidikan (KPM) memperkenalkan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi selagi ia khusus untuk pelajar beragama Islam, kata Presidennya Dr Dominic Lau Hoe Chai. Dalam satu kenyataan, beliau mendakwa masalah sering dihadapi ketika ini adalah ekoran kegagalan kerajaan dalam proses penerangan dan sering menimbulkan kegelisahan dalam kalangan orang ramai. Gerakan yang sebelum ini membantah modul itu  menyifatkan kenyataan awal pihak berkuasa berhubung perkara berkenaan adalah terlalu makro dan mewujudkan kegelisahan kepada orang ramai, terutama ibu bapa dan pelajar bukan Islam. “KPM perlu kukuhkan…

Read More

Menang PRK Pulai bantu kukuh perubahan

PULAI 27 Ogos – Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Abdul Hadi Awang mendakwa kemenangan calon PN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai akan mengukuhkan perubahan kerajaan yang boleh berlaku pada bila-bila masa. Beliau yang juga Presiden Pas berkata, PN memerlukan tambahan kerusi Parlimen itu bagi memastikan referendum rakyat menjadi isyarat penting bagi perubahan kerajaan. “Ketika ini PN memiliki jumlah kerusi agak besar di Parlimen dan kerajaan boleh berubah pada bila-bila masa saja. “Kita memerlukan tambahan kerusi ini (Parlimen Pulai) dan beberapa lagi (kerusi), jadi kita harap bersabar. Kita minta ahli…

Read More

Garis panduan JAIJ larangan berpolitik

JOHOR BAHRU 27 Ogos – Jabatan Agam Islam Negeri Johor (JAINJ) mengeluarkan peringatan semula Garis Panduan Larangan Aktivit Politik Dalam Program Pengimarahan Masjid dan Surau Negeri Johor yang bertarikh pada 23 Mac lalu. Peringatan semula itu dikeluarkan menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram pada 9 September ini. Pengarah JAINJ, Jamaludin A. Hamid berkata, garis panduan itu perlu dipatuhi semua pihak tertentu ahli politik dan pihak pengurusan kariah masjid dan surau dalam program pengimarahan. “Tindakan tegas akan dikenakan jika sekiranya garis panduan inintidak…

Read More

Modul itu tepat pada masa – Pas

KOTA BHARU 27 Ogos – Pelaksanaan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi di 289 sekolah kerajaan sangat bertepatan dengan keadaan semasa yang memberi keutamaan kepada pembentukan sahsiah dan keperibadian yang mulia. Pengerusi Lajnah Pendidikan Pas Pusat, Dr Mohamed Fadzli Hassan, berkata pihaknya  menyokong penuh inisiatif Kementerian Pendidikan yang melibatkan 289 sekolah kerajaan secara rintis kepada guru dan murid beragama Islam. Justeru, Pas dukacita dengan laporan mengenai sebuah kumpulan mewakili agama bukan Islam iaitu Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (MCCBCHST) yang melihat tindakan kementerian itu tidak berperlembagaan.…

Read More