Had sekali seumur hidup tunai haji

JAKARTA: Pemerintah Indonesia masih mengkaji rancangannya untuk membenarkan umat Islam negara ith menunaikan haji hanya sekali dalam seumur hidup mereka, kata Menteri Hal Ehwal Agama, Yaqut Cholil Qoumas. “Kita masih perlu menyemak semula idea itu sama ada ia adalah keputusan yang tepat atau tidak,” katanya. Beliau mengulas kenyataan Ketua Menteri Hal Ehwal Kebudayaan, Muhadjir Effendy, yang mencetuskan idea mengehadkan ibadah haji berkali-kali kerana ramai yang terpaksa menunggu giliran terlalu lama sehingga menjangkau berpuluh tahun. Walaupun ramai individu yang mempunyai kemampuan untuk menunaikan ibadah haji berkali-kali, beliau menegaskan keutamaan harus diberikan…

Read More

Sambutan di Perak diteruskan

IPOH 30 Ogos – Perarakan dan Sambutan Hari Kebangsaan 2023 Peringkat Negeri Perak di perkarangan Stadium Indera Mulia di sini akan tetap diteruskan, walaupun terdapat kerosakan serius persiapan akibat kejadian ribut petang ini. Menteri Besar Saarani Mohamad. berkata, majlis esok akan berjalan mengikut jadual selepas agensi terlibat memberi komitmen memperbaiki kerosakan dan menyediakan semula persiapan. “Seperti kita tahu, persiapan seminggu lalu terjejas, khemah diterbangkan angin kencang, namun kita yakin usaha membina semula akan siap malam ini dan majlis akan diteruskan esok,” katanya yang melawat lokasi kejadian malam ini. Beliau berkata,…

Read More

Hayati erti kemerdekaan sebenar

SHAH ALAM 30 Ogos – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan seluruh rakyat tentang pentingnya menghayati erti sebenar kemerdekaan demi menyuburkan kembali semangat patriotisme, serta menyemai rasa cinta dan sayang dalam jiwa semua bangsa di Malaysia. Baginda mahu rakyat menjulang erti sebenar hidup dalam suasana merdeka dan bersatu padu, sekali gus ia dapat mengelak pihak tertentu menyebarkan kebencian dan fitnah yang boleh menggugat keamanan. “Apabila sekalian rakyat menjulang erti sebenar hidup dalam suasana merdeka dan bersatu padu, maka tidak akan ada lagi mana-mana pihak atau kaum tergamak menyebarkan kebencian…

Read More

Fenomena air merah di Teluk Bahang

TANJONG 30 Ogos –  Jabatan Alam Sekitar (JAS) mendedahkan kepekatan oksigen terlarut (DO) rendah di kawasan fenomena air merah di Teluk Bahang, sekali gus kawasan itu tidak mematuhi Kelas 2 Standard Kualiti Air Marin Malaysia (SKAMM) untuk melindungi sumber hidupan akuatik. Ketua Pengarahnya, Wan Abdul Latiff Wan Jaffar, berkata pihaknya menerima aduan ikan mati dan tompokan berwarna merah di Teluk Bahang daripada orang awam melalui e-mel e-aduan pada 27 Ogos lalu. Sejurus aduan diterima sepasukan anggota JAS pergi ke lapangan dan meninjau keabsahan aduan itu sebelum pemerhatian visual mendapati wujud…

Read More

Pribumi selepas 66 tahun merdeka

SEPANG 30 Ogos – Setelah 66 tahun Malaysia merdeka, kemerdekaan bagi umat pribumi, hanya seolah-olah menang sorak kampung tergadai apabila tanah rezab Melayu kini tinggal 12 peratus, kata Presiden Putra, Datuk Paduka Dr Ibrahim Ali. Katanya, tonggak asas kontrak sosial hanya sekadar hiasan dalam perlembagaan negara manakala kesetiaan pada prinsip Rukun Negara juga tidak membawa semangat bangsa negara. “Bagi yang memahami erti semangat patriotisme, hasil dari kemerdekaan amatlah pedih dan menyakitkan hati. Negara yang dulunya bumi Melayu kini hilang identiti dan membawa wajah berkecamuk, indah kulit dari isinya. “Harapkan pegar,…

Read More

Pas ‘king maker’ penyatuan ummah

ALOR SETAR 30 Ogos – Tanpa pembabitan Pas, usaha penyatuan ummah menerusi gerakan politik di negara ini, tidak akan ke mana-mana, Ketua Pengarah Pilihan raya Pas Pusat, Muhammad Sanusi Md Nor. Menteri Besar Kedah itu berkata sebagai parti yang mempunyai pengaruh besar dalam kalangan masyarakat, Pas adalah ‘king maker’ yang boleh menentukan hala tuju ke arah penyatuan berkenaan. “Saya rasa (penyatuan ummah) kalau tidak melibatkan Pas secara serius tidak akan ke mana-mana, semua gerakan politik di Malaysia pada hari ini mesti melibatkan Pas sebagai ‘king maker’. “Kalau Datuk Seri Ahmad…

Read More

Larang sentuh 3R tak sah, Dr M sedia ke mahkamah

PUTRAJAYA 30 Ogos – Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan pendiriannya berhubung larangan menyentuh isu berkenaan 3R yang merujuk agama, kaum dan institusi diraja adalah undang-undang yang tidak sah. Bekas Perdana Menteri itu berkata, larangan itu tidak digubal menjadi sebuah undang-undang yang dilulus dan diwartakan di Parlimen. “Saya tidak faham kenapa saya disoal, kerana arahan tidak boleh guna 3R tidak sah. Kalau nak buat undang-undang bukan (kuasa) PM (Perdana Menteri), tetapi dia perlu pergi ke Parlimen. “Kalau Parlimen lulus dan diwartakan sebagai undang-undang barulah undang-undang itu berkuasa, tapi Perdana Menteri (Datuk…

Read More

Hak setiap rakyat dipertahankan- Anwar

PUTRAJAYA 30 Ogos – Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan Kerajaan Perpaduan akan mempertahankan hak setiap rakyat dan mengangkat martabat Malaysia supaya muncul sebagai negara hebat serta gagah. Justeru beliau mengingatkan sebarang usaha yang mungkin melemahkan semangat kejituan dan perpaduan dalam rakyat pelbagai kaum harus dielakkan. Tegasnya, sejarah membuktikan hancurnya tamadun sesebuah negara bukan sahaja kerana tata kelola dan rasuah, bahkan api perkauman dan kefanatikan agama yang dimainkan. “Jangan diremehkan perkara ini kerana ada negara yang hebat, muncul sebagai negara gagah dengan tamadun hebat, tetapi hancur bukan sahaja kerana tatakelola dan…

Read More