PN yakin gelombang tular ke Johor

JOHOR BAHRU 23 Ogos –  Perikatan Nasional (PN) yakin gelombang yang menyumbang kepada kemenangan parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri baru-baru ini, akan menular serta memberi impak besar di Johor. Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin, berkata momentum gelombang itu dijangka akan diteruskan pengundi negeri ini, sekali gus membawa kejayaan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, 9 September nanti. Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri berkata, PN  perlu meningkatkan usaha untuk memujuk lebih 90 peratus pengundi Melayu keluar mengundi bagi…

Read More

Bersatu, Pas wakili PN hadapi PRK

JOHOR BAHRU 23 Ogos – Perikatan Nasional (PN) mengumumkan Zulkifli Jaafar dan Dr Mohd Mazri Yahya sebagai calon mewakili gabungan itu masing-masing bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram. Zulkifli, usahawan kelahiran Tampoi adalah Timbalan Ketua Bersatu Bahagian Pulai, manakala Dr Mohd Mazri Yahya, pakar bedah vaskular dan endovaskular yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Johor merangkap Ahli Jawatankuasa Pas Pusat. Pengerusi PN,  Muhyiddin Yassin mengumumkan calon-calon berkenaan di Bilik Gerakan Utama PN Pulai di sini. Hadir sama Presiden Gerakan,  Dr Dominic Lau yang…

Read More

Tema tambah Membangun Bersama Islam

KOTA BHARU 23 Ogos –  Kelantan akan menggunakan logo dan tema bagi sambutan Hari Kebangsaan selari dengan Kerajaan Persekutuan sebagaimana yang diperkenalkan Kementerian Komunikasi dan Digital. Timbalan Menteri Besar Kelantan Dr Mohamed Fadzli Hassan bagaimanapun berkata, terdapat tambahan kepada tema asal iaitu Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan, Membangun Bersama Islam’. “Untuk Kelantan, kita hanya tambah ayat di hujung iaitu Membangun Bersama Islam. Lain-lain serta logo adalah sama. “Bagaimanapun sambutan Hari Kebangsaan akan diadakan sedikit berbeza iaitu pada waktu malam 30 Ogos dengan acara bermula jam 6.30 petang,” katanya pada…

Read More

MB umum portfolio Exco Kelantan

KOTA BHARUn23 Ogos –  Menteri Besar Kelantan, Mohd Nassuruddin Daud, akan menggalas tanggungjawab sebagai Exco Perancangan, Pentadbiran awam, Kewangan, Ekonomi dan Tanah. Timbalannya,  Dr Mohamed Fadzli Hassan pula akan memegang portfolio Pembangunan Wilayah, Sumber Asli, Integriti, Pembangunan Insan dan Undang-undang. Bercakap pada sidang media hari ini, Mohd Nassuruddin berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kubur, Wan Roslan Wan Hamat memegang portfolio Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi. ADUN Demit, Mohd Asri Mat Daud pula dilantik sebagai Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta. Sementara itu, Exco…

Read More

MB Selangor pegang lima portfolio

SHAH ALAM 23 Ogos –  Menteri Besar Amirudin Shari memegang lima portfolio ketika mengumumkan senarai portfolio bagi dirinya dan 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang dilantik baru-baru ini. Portfolio itu adalah Pembangunan Tanah dan Sumber Alam, Kewangan dan Tindakan Ekonomi, Pemodenan Pentadbiran dan Digitalisasi Kerajaan, Komunikasi Strategik serta Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan. Bercakap pada sidang media khas selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco hari ini, beliau berkata Ng Sze Han dilantik sebagai Exco Pelaburan Perdagangan dan Mobiliti; Ir Izham Hashim (Infrastruktur dan Pertanian), manakala Borhan Aman Shah (Perumahan dan…

Read More

Pemuda UMNO mahu penjelasan Kor Ming

SEPANG 23 Ogos – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh menuntut penjelasan  Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming mengapa replika cek sumbangan kepada sekolah-sekolah Cina menggunakan logo parti. “Kami mahukan penjelasan dari YB menteri Nga Kor Ming. Adakah sumbangan ini dari pihak kerajaan? “Jika dari pihak kerajaan,apakah kaitan logo DAP berada di mock up cheque sumbangan tersebut? Jangan jadi bodoh bila dah menjadi menteri!!!,” kata Akmal melalui hantaran di Facebooknya. Beliau mengulas laporan media mengenai sumbangan tersebut yang pada replika cek sumbangan itu tertera logo DAP di sebelah…

Read More

Setahun Najib di sebalik tirai besi

365 hari telah berlalu pergi Di sebalik tirai besi Beralaskan dinginnya lantai simen Tikar sejadah menjadi teman Sujud Mengerjakan solat lima waktu Merayu belas kasihanNya meringankan ujian beban Mendoakan ketenangan, kebebasan derita Di subuh Menanti sinar mentari pagi Menembusi jendela tirai besi Di waktu senja bertukar malam Hening dan sunyi Mengalunkan Al-Quran Berzikir dengan hati Keseorangan. Walaupun tahu Allah sentiasa ada Tidak akan pernah meninggalkan hambaNya   (Petikan FB Najib)

Read More

Thaksin masuk hospital polis

BANGKOK: Bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra dimasukkan ke hospital polis berikutan mengalami masalah kesihatan pada hari pertama menjalani hukuman penjara selepas pulang ke tanah air, semalam. Bagaimanapun status kesihatan Thaksin belum jelas setakat ini dan pegawai Jabatan Koreksional dilaporkan berkata, Thaksin mempunyai masalah sedia ada berkaitan jantung, paru-paru, tulang belakang serta tekanan darah. Menurut laporan media, pihak enjara telah menilai keadaan dan mendapati ia kekurangan doktor serta peralatan perubatan untuk keperluan penjagaan pesakit berkenaan dan berikutan itu beliau dihantar ke hospital polis. Semalam Mahkamah Agung Thailand menjatuhkan hukuman penjara…

Read More

Hong Kong aktif kawalan import dari Jepun

HONG KONG: Berikutan hasrat Jepun melepaskan air radioaktif terawat daripada loji nuklear Fukushima yang lumpuh ke dalam laut, Hong Kong mengaktifkan kawalan import bagi melindungi keselamatan makanan dan kesihatan awam. Hab kewangan Asia itu berkata, larangan import akan berkuat kuasa mulai esok, 24 Ogos, bersamaan dengan hari Jepun mula melepaskan air terawat. Jepun mengumumkan akan melepaskan lebih daripada satu juta tan air dari loji di utara Tokyo itu yang dikatakan selamat. Loji itu musnah akibat tsunami 2011 dan kebanyakan air itu digunakan untuk menyejukkan reaktor yang rosak. Ketua Eksekutif Hong…

Read More