ALOR SETAR 8 Ogos – Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor, tidak akan meminta maaf kepada Vincent Tan dan Berjaya Land Berhad susulan kenyataan beliau yang didakwa memfitnah tokoh korporat serta syarikat berkenaan. “Tak akan (minta maaf)…kes itu masih berkembang dan dokumen sedang diserahkan, jadi kita tengok sehari dua lagi,” katanya mengulas tuntutan permohonan maaf secara terbuka yang dikemukakan tokoh korporat itu. Muhammad Sanusi dikatakan menyampaikan ucapan berbaur politik, fitnah, palsu, tidak berasas dan tanpa bukti bertujuan menggugat Vincent Tan dan Berjaya Land secara langsung atau tidak langsung berkaitan projek…
Read MoreDay: August 8, 2023
Kedah catat peratusan undi awal tertinggi
PUTRAJAYA 8 Ogos – Seramai 72,554 pengundi awal di enam negeri terdiri daripada anggota tentera, polis, Pasukan Gerakan Am (PGA) serta pasangan mereka melaksanakan tanggungjawab keluar mengundi hari ini, sempena Pilihan Raya Negeri (PRN). Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Ikmalrudin Ishak, berkata jumlah peratusan keluar mengundi bagi semua negeri terbabit adalah melebihi 90 peratus. Katanya, Kedah merekodkan peratusan tertinggi iaitu 96.02 peratus diikuti Terengganu (95.91 peratus), Selangor (95.87 peratus), Pulau Pinang (95.01 peratus), Negeri Sembilan (94.05 peratus) dan Kelantan (93.9 peratus). Dalam satu kenyataan hari ini, beliau memberitahu, bagi Pilihan…
Read MoreBERSIH minta SKMM jelaskan sekatan UtusanTV
KUALA LUMPUR 8 Ogos – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) diminta menjelaskan mengenai dakwaan satu lagi portal berita, UtusanTV disekat kepada pengguna di Malaysia kerana dikatakan melanggar undang-undang Jawatankuasa Pemandu Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) dalam kenyataan hari ini berkata, sekatan ke atas laman sesawang UtusanTV.com perlu ditarik segera. “Jika ada sebarang isu terhadap kandungan daripada sesebuah organisasi media, satu proses yang telus perlu ada melalui surat tunjuk sebab dan peluang merayu sebelum sebarang sekatan dibuat,” kata BERSIH. Semalam, media melaporkan kerajaan menyekat akses ke laman sesawang…
Read MoreAnwar optimis PRN memihak kepada PH-BN
NIBONG TEBAL 8 Ogos – Perdana Menteri Anwar Ibrahim optimis keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini akan memihak kepada gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) Pengerusi PH itu berkata, sentimen penerimaan rakyat kepada PH dan BN ketika ini semakin meningkat berbanding tahun lalu. Beliau yang juga Presiden PKR itu berkata, orang ramai juga sudah bijak dan mampu menilai kesahihan berhubung fitnah membabitkan ancaman terhadap Islam yang sering dimainkan Perikatan Nasional (PN), sebelum ini. “Dulu dia (rakyat) dengar semua yang negatif, ‘Anwar akan tarik balik hak…
Read MorePH-BN sudah ada majoriti mudah di Selangor
SEPANG 8 Ogos – Gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) mendakwa sudah memperoleh majoriti mudah berdasarkan tinjauan dan undian kecenderungan pengundi. Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, berdasarkan semakan itu, gabungan parti politik itu kini berada di hadapan berbanding Perikatan Nasional (PN) dan kini dalam usaha memperoleh dua pertiga. “Setakat malam ini (malam tadi), Kerajaan Perpaduan sudah memperoleh majoriti mudah, malah hampir menuju dua pertiga dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor, katanya ketika berucap pada siri Ceramah Kita Selangor di Dataran Sadiman, Bukit Changgang, di sini malam tadi.…
Read MorePakej 5G Rahmah mulai 31 Ogos
KUALA LUMPUR 8 Ogos – Lima penyedia perkhidmatan telekomunikasi (telco) akan melancarkan Pakej 5G Rahmah dan Insentif Pascabayar Rahmah Penjawat Awam pada 31 Ogos bersempena Bulan Kemerdekaan negara. Syarikat yang terlibat adalah CelcomDigi Bhd (CelcomDigi), Maxis Bhd (Maxis), Telekom Malaysia Bhd (Unifi Mobile), U Mobile Sdn Bhd (U Mobile) dan YTL Communications Sdn Bhd (Yes). Langkah itu sebagai tanda sokongan ke atas rangka kerja Ekonomi Madani membabitkan ketersambungan dan peranti mampu milik. “Penyedia perkhidmatan telekomunikasi akan terus bekerjasama rapat bagi merapatkan lagi jurang digital. “Pakej 5G Rahmah dan Insentif Pascabayar…
Read MoreBerita pilihan…
Buang sikap tidak mahu mengundi
CHUKAI 8 Ogos – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin, mengingatkan pengundi mengubah sikap ambil ringan dan mudah dengan berpendapat tidak perlu keluar mengundi kerana yakin parti yang disokong akan menang. Katanya, sikap sedemikian dalam kalangan segelintir pengundi yang layak mengundi menyebabkan mereka mensia-siakan hak untuk memilih kerajaan. Justeru, beliau mengingatkan mereka yang layak mengundi supaya keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing untuk mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Ceramah Grand Finale Perikatan Nasional (PN) di Padang Bola Bukit Kuang, di…
Read MoreAmanah mahu anak tempatan calon PRK
JOHOR BAHRU 8 Ogos – Parti Amanah Johor mahu calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, dipilih dalam kalangan anak tempatan yang berasal dari negeri itu. Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan, berkata hasrat Amanah Johor itu sudah disampaikan kepada pucuk pimpinan pusat dan akan menyenaraikan kepemimpinan negeri untuk menjadi calon PRK nanti. Katanya, kedua-dua kerusi berkenaan tidak boleh dianggap kerusi selamat kerana suasana dan situasi politik semasa ketika ini sudah berbeza berbanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu. “Namun, jika pucuk pimpinan…
Read More