Buang sikap tidak mahu mengundi

CHUKAI 8 Ogos – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin, mengingatkan pengundi mengubah sikap ambil ringan dan mudah dengan berpendapat tidak perlu keluar mengundi kerana yakin parti yang disokong akan menang.

Katanya, sikap sedemikian dalam kalangan segelintir pengundi yang layak mengundi menyebabkan mereka mensia-siakan hak untuk memilih kerajaan.

Justeru, beliau mengingatkan mereka yang layak mengundi supaya keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing untuk mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Ceramah Grand Finale Perikatan Nasional (PN) di Padang Bola Bukit Kuang, di sini malam tadi.

Muhyiddin berharap seberapa ramai mungkin pengundi keluar mengundi supaya peratusan pengundi keluar mengundi lebih tinggi sehingga ke 80 atau 90 peratus
banding dengan Pilihan Raya Umum yang lepas.

Menurutnya, pengundi perlu membaca manifesto kerana mungkin sebahagian besar tidak tahu apa manifesto dan janji.

“Lihat juga apa yang kerajaan Pusat sudah buat (dan) di situ kita tahu kelemahan, kegagalan dan sebagainya dan jangan kita ulang lagi kalau kita terpilih yang lepas (ketika PRU yang lalu), ini masa kita betulkan balik supaya sokong kepada Perikatan Nasional,” katanya

Muhyiddin juga mendakwa sokongan rakyat terhadap PN juga semakin ketara, namun semua pihak tidak boleh terlalu yakin, sebaliknya perlu bekerja keras hingga ke hari terakhir kempen.

Related posts

Leave a Comment