Rodzi kini Ketua Pengarah MAMPU

KUALA LUMPUR 30 Mei – Rodzi Md Saad dilantik sebagai Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) bagi menggantikan Dr Yusof Ismail berkuat kuasa hari ini. Dalam satu kenyataan, MAMPU berkata, Rodzi berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 33 tahun dan berpengalaman luas dalam pelbagai bidang termasuk keselamatan dan pengurusan bencana. Sebelum ini, Rodzi telah berkhidmat sebagai Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN) sejak 15 Julai 2021. MAMPU turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Datuk Seri Dr Yusof atas segala sumbangan dan khidmat bakti…

Read More

Lihat tujuan sebenar bina litar drag – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR 30 Mei –  Ismail Sabri Yaakob menggesa kerajaan meneruskan perancangan membina litar drag seperti yang dibentangkan sebelum ini dalam Belanjawan 2023 oleh kerajaan Keluarga Malaysia. Perdana Menteri Kesembilan itu berkata, ini kerana tujuan utama pembinaan litar drag ini adalah untuk memenuhi aspirasi anak muda dan menghindarkan golongan itu daripada terlibat dengan budaya tidak sihat “Kerajaan seharusnya melihat secara mendalam tujuan sebenar pembinaan litar drag ini dan bukannya mengambil keputusan untuk tidak meneruskannya dengan memberikan pelbagai alasan. “Tujuan utama pembinaan litar drag ini adalah untuk menghindarkan golongan muda daripada…

Read More

Ismail Sabri rai wartawan Indonesia

KUALA LUMPUR 30 Mei – Bekas Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob meraikan Hari Wartawan  Nasional (HAWANA) 2023 dengan meluangkan masa bersama pengamal media Malaysia dan Indonesia pada satu majlis makan malam di sini. Majlis itu antara lain bertujuan menghargai peranan pengamal media kedua-dua negara, khususnya dalam memastikan hubungan akrab berterusan antara Malaysia dan Indonesia. Dalam ucapannya, Ismail Sabri turut menekankan kepentingan memastikan kelangsungan hubungan akrab antara Malaysia dan Indonesia terus dijaga dan dipelihara demi kepentingan serta kesejahteraan kedua-dua negara. “Hubungan baik dua negara ini harus terus dipupuk secara formal dan…

Read More

Agong utus tahniah kepada Erdogan

KUALA LUMPUR 30 Mei – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan setinggi-tinggi tahniah kepada Recep Tayyip Erdogan atas pemilihan semula sebagai Presiden Turkiye baru-baru ini. Menurut catatan di Facebook Istana Negara, Seri Paduka menzahirkan harapan agar Malaysia dan Turkiye dapat terus bekerja rapat bagi membawa kemajuan dan kemakmuran untuk kedua-dua negara dan rakyatnya. Malaysia dan Turkiye telah menjalin hubungan diplomatik sejak 1964 dan tahun lalu, Turkiye adalah rakan dagang serta destinasi eksport terbesar Malaysia dan sumber import keenam paling utama dalam kalangan negara Asia Barat. Al-Sultan…

Read More

Siapa tawarkan Pas sertai Kerajaan Perpaduan?

SEPANG 30 Mei –  Siapakah pemimpin atau wakil kerajaan yang menawarkan kepada Pas untuk bersama Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim? Persoalan ini timbul apabila Perdana Menteri menafikan dakwaan pemimpin Pas kononnya ada wakil daripada kerajaan yang menawarkan parti itu untuk bekerjasama dengan Kerajaan Perpaduan. Anwar berkata, beliau sama sekali tidak dimaklumkan berhubung perkara itu, malah ia tidak pernah dibincang pada peringkat pimpinan tertinggi kerajaan antara Pakatan Harapan (PH) atau Barisan Nasional (BN). “Saya tidak dimaklumkan, saya tidak tahu sama sekali, tidak daripada saya dan pemimpin kerajaan, yang lainnya” katanya selepas…

Read More

Putra gesa kerajaan tubuh RCI LCS

SEPANG 30 Mei – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) menggesa Kerajaan Madani menubuhkan Suruhanjaya Diraja (RCI) bagi menyiasat secara terperinci isu penyelewengan projek pembinaan kapal tempur pesisir (LCS). Presiden Putra, Dr Ibrahim Ali berkata, langkah itu perlu kerana LCS melibatkan satu lagi kerugian besar kepada negara dan ada kaitan dengan kepentingan keselamatan negara, Katanya, laporan siasatan itu apabila siap hendaklah dibentangkan di Dewan Rakyat dan diumumkan kepada rakyat. Dalam satu kenyataan, Ibrahim turut mencadangkan sidang RCI dibuat secara terbuka bagi membolehkan rakyat mengikuti sepenuhnya perkembangan isu berkenaan yang disifatkan sebagai…

Read More

Halimah Yacob tidak pertahan jawatan

SINGAPURA 30 Mei – Presiden Halimah Yacob mengumumkan beliau tidak akan bertanding mempertahankan jawatannya untuk penggal seterusnya pada Pilihan Raya Presiden yang dijadualkan berlangsung beberapa bulan lagi. Beliau yang mengumumkan pendiruannya melalui Facebooknya semalam berkata, keputusan itu dibuat selepas pertimbangan teliti dilakukan. “Dalam masa beberapa bulan lagi, Pilihan Raya Presiden akan diadakan. Selepas membuat pertimbangan teliti, saya memutuskan untuk tidak bertanding bagi pilihan raya presiden seterusnya,” katanya. Halimah yang turut berucap melalui video berkata, adalah satu penghormatan kepadanya dapat berkhidmat sebagai Presiden kelapan Singapura sepanjang enam tahun lalu, bermula pada…

Read More

Wisma Putra ucap tahniah pada Erdogan

PUTRAJAYA 30 Mei – Kementerian Luar mengucapkan tahniah kepada Recep Tayyip Erdogan yang dilantik semula sebagai Presiden Turkiye untuk penggal lima tahun akan datang. Menterinya,  Dr Zambry Abdul Kadir, dalam ucapan tahniah kepada Erdogan, berkata pengetahuan luas dan kehebatan kepemimpinan beliau akan membuka jalan kepada rakyat Turkiye untuk mengukuhkan lagi perpaduan sebagai sebuah negara yang berkuasa dan dihormati. “Kementerian Luar berharap dapat meningkatkan hubungan antara kedua-dua negara ke tahap yang lebih tinggi selepas hubungan dinaik taraf kepada Perkongsian Strategik Komprehensif pada Julai 2022,” katanya dalam satu kenyataan. Pada pilihan raya…

Read More

Kalimah Allah: SPIIM minta segera kemas kini

KUALA LUMPUR 30 Mei – Sekretariat Perpaduan Ilmuwan Islam (SPIIM) menjunjung titah Raja-Raja Melayu berhubung kalimah Allah dan menyokong keputusan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan sebelum ini bahawa kalimah itu khusus untuk umat Islam. SPIIM juga menyokong usaha  menyegerakan tindakan mengemaskini Arahan Pentadbiran dan Pekeliling KDN berhubung penguatkuasaan Kalimah Allah supaya tidak berlaku lagi isu dan kes mahkamah seumpama kes Jill Ireland yang membawa masuk CD bertulis kalimah Allah pada tajuknya. “Sehubungan itu SPIIM menyeru semua pihak untuk meneruskan usaha berdakwah bagi memupuk masyarakat Madani untuk menolak kelompok yang memecahbelahkan…

Read More