Rodzi kini Ketua Pengarah MAMPU

KUALA LUMPUR 30 Mei – Rodzi Md Saad dilantik sebagai Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) bagi menggantikan Dr Yusof Ismail berkuat kuasa hari ini.

Dalam satu kenyataan, MAMPU berkata, Rodzi berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 33 tahun dan berpengalaman luas dalam pelbagai bidang termasuk keselamatan dan pengurusan bencana.

Sebelum ini, Rodzi telah berkhidmat sebagai Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN) sejak 15 Julai 2021.

MAMPU turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Datuk Seri Dr Yusof atas segala sumbangan dan khidmat bakti beliau selama mengetuai unit itu.

Rodzi, 59, berkelulusan peringkat sarjana dalam bidang Pengajian Perangsaraf Media dan Informasi dari Universiti Teknologi MARA (UITM) dan Ijazah Sarjana Muda Demografi dan Kajian Kependudukan (Kepujian) dari Universiti Malaya (UM)

Related posts

Leave a Comment