Wisma Putra ucap tahniah pada Erdogan

PUTRAJAYA 30 Mei – Kementerian Luar mengucapkan tahniah kepada Recep Tayyip Erdogan yang dilantik semula sebagai Presiden Turkiye untuk penggal lima tahun akan datang.

Menterinya,  Dr Zambry Abdul Kadir, dalam ucapan tahniah kepada Erdogan, berkata pengetahuan luas dan kehebatan kepemimpinan beliau akan membuka jalan kepada rakyat Turkiye untuk mengukuhkan lagi perpaduan sebagai sebuah negara yang berkuasa dan dihormati.

“Kementerian Luar berharap dapat meningkatkan hubungan antara kedua-dua negara ke tahap yang lebih tinggi selepas hubungan dinaik taraf kepada Perkongsian Strategik Komprehensif pada Julai 2022,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada pilihan raya baru-baru ini, Erdogan dipilih semula sebagai Presiden Turkiye, dengan menewaskan Kemal Kilicdaroglu.Beliau memperoleh 52.14 peratus, manakala pencabarnya mendapat 47.86 peratus undian.

Related posts

Leave a Comment