Kenaikan OPR tambah beban rakyat

KUALA LUMPUR 3 Mei –  Keputusan Bank Negara (BNM) menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) kepada 3.0 peratus akan menambah beban hidup rakyat, terutamanya mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana. Timbalan Setiausaha Agung Gerakan, Wendy Subramaniam, berkata ini kerana tahap pendapatan golongan itu tidak dapat mengimbangi peningkatan kos sara hidup yang kini membelenggu rakyat. Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata , keputusan menaikkan OPR juga akan memberi tekanan kepada rakyat yang mempunyai pinjaman. “Apabila OPR naik, bayaran ansuran bulanan sedia ada kepada pihak bank pun akan naik dan ini menyukarkan…

Read More

10 ADUN nafi laporan sekat Kon Yeow KM

TANJONG 3 Mei – Sepuluh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada DAP, tampil menafikan laporan berhubung desakan dan usaha menyekat Chow Kon Yeow sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang selepas pilihan raya negeri (PRN) akan datang. Kesemua mereka terdiri daripada ADUN Pulau Pinang yang tidak memegang sebarang jawatan dalam pentadbiran kerajaan negeri. Mereka diketuai ADUN Air Putih, Lim Guan Eng yang juga Pengerusi DAP Kebangsaan; Lim Siew Khim (Sungai Pinang); Jason H’ng Mooi Lye (Jawi); Heng Lee Lee (Berapit); Ong Ah Teong (Batu Lancang); Daniel Gooi Zi Sen (Pengkalan Kota). Turut…

Read More

Guan Eng kembali KM khabar angin

PUTRAJAYA 3 Mei – DAP tidak pernah menerima sebarang memorandum atau surat daripada mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang mendesak supaya Pengerusi parti itu, Lim Guan Eng, menerajui semula kerajaan Pulau Pinang. Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, bagaimanapun menganggap gesaan dan desakan itu sebagai khabar angin semata-mata. “Saya tidak menerima apa-apa gesaan dan tidak tahu daripada siapa. Dikatakan (desakan itu) daripada tiga ADUN, tapi saya tidak pernah terima apa-apa memorandum atau surat daripada mana-mana ADUN,” katanya. Sebuah portal hari ini melaporkan terdapat desakan dalam DAP dikatakan bertujuan menyekat ADUN…

Read More

BNM umum OPR kini 3 peratus

KUALA LUMPUR 3 Mei –  Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan keputusan menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) meningkat 25 mata perpuluhan kepada 3 peratus. Dalam satu kenyataan, bank pusat berkenaan menyatakan kenaikan ini akan menyebabkan kadar siling dan lantai OPR masing-masing kini meningkat kepada 3.25 peratus dan 2.75 peratus. BNM dalam satu kenyataan menyatakan, dengan prospek pertumbuhan domestik kekal berdaya tahan, MPC menilai bahawa adalah tepat pada masanya untuk menormalkan lagi tahap akomodasi kewangan. Ini menjadikan kadar OPR ketika ini kembali kepada kadar seperti pra-pandemik Covid-19 iaitu…

Read More

Seperti ‘cacing kepanasan’ melihat Dr. M, Hadi

PUTRAJAYA 3 Mei –  Ada yang seperti cacing kepanasan melihat pertemuan dua tokoh besar Pemimpin Melayu Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Pas Abdul Hadi Awang, demikian menurut hantaran di Facebook Pas hari ini. Kenyataan itu merujuk pertemuan Abdul Hadi dan Dr Mahathir berhubung program Proklamasi Melayu yang menjadi sebahagian rancangan besar agenda penyatuan ummah yang turut diusahakan Pas. “Pertemuan dua tokoh besar ini hanyalah sebahagian daripada ‘grand design’ agenda penyatuan ummah yang diusahakan oleh Pas selama ini. Kita doakan agar agenda ini terus subur dan mekar dalam negara ini,” kata…

Read More

Kes denggi mingguan turun

KUALA LUMPUR 3 Mei – Jumlah kes demam denggi pada minggu 22 hingga 29 April lalu menurun 5.4 peratus atau 102 kes kepada 1,775 kes, berbanding 1,877 kes pada minggu sebelumnya. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Muhammad Radzi Abu Hassan, dalam satu kenyataan berkata dalam tempoh sama, tiada kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan. “Sehingga kini, kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan ialah 36,997 kes, namun merekodkan peningkatan 24,056 kes atau 185.9 peratus berbanding 12,941 kes bagi tempoh sama tahun lepas,” katanya Dr Muhammad Radzi berkata, dalam minggu sama, terdapat 103…

Read More

Siti Bainun dipenjara 12 tahun

KUALA LUMPUR 3 Mei – Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali didapati bersalah atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya seorang remaja sindrom Down dikenali Bella, dua tahun lalu. Hakim Mahkamah Sesyen Izralizam Sanusi yang membuat keputusan itu menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun bermula hari ini. Beliau mengarahkan hukuman penjara itu berjalan serentak susulan Siti Bainun dikenakan penjara 10 dan 12 tahun masing-masing atas kesalahan mengabai serta menganiaya remaja itu. Siti Bainun didakwa mengabai dan menganiaya remaja perempuan berusia 13 tahun itu hingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi…

Read More

Operasi Pembenihan Awan di Pulau Pinang

KUALA LUMPUR 3 Mei – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melaksanakan Operasi Pembenihan Awan (OPA) di kawasan tadahan Empangan Teluk Bahang dan Empangan Teluk Air Itam, Pulau Pinang, semalam. Bahagian Perhubungan Awam TUDM dalam kenyataan, berkata operasi dijalankan secara bersepadu bersama Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) serta Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Katanya, OPA yang juga usaha bersama Kerajaan Negeri Pulau Pinang itu dijangka akan diteruskan sehingga Khamis ini, tetapi bergantung kepada keadaan. “Operasi dilaksanakan menggunakan pesawat angkut C130 Hercules dan sesi dimulakan dengan taklimat penerbangan dan keselamatan oleh Komander Pesawat,…

Read More

Pemimpin berbalah setuju gencatan senjata

KHARTOUM: Dua pemimpin tentera Sudan yang berbalah bersetuju secara prinsip semalam untuk menguatkuasakan gencatan senjata selama tujuh hari, setelah pelbagai pihak mengutuk pencabulan gencatan yang dipersetujui sebelum ini.  Menurut kenyataan Kementerian Luar Sudan Selatan di Juba, Panglima tentera Sudan Abdel Fattah al-Burhan dan timbalannya yang kini menjadi seterunya, Mohamed Hamdan Daglo yang menerajui Rapid Support Forces (RSF), bersetuju secara prinsip untuk melaksanakan gencatan senjata antara 4 Mei hingga 11 Mei. Pada masa yang sama usaha diplomatik diperhebatkan untuk menamatkan perang yang sudah berlarutan selama lebih dua minggu di negara ketiga…

Read More