Pengampunan: Zahid minta bertenang

PUTRAJAYA 30 April – Presiden UMNO, Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin Lembaga Pengampunan akan memikirkan waktu paling sesuai bagi membincangkan isu pengampunan bekas Perdana Menteri, Najib Razak. Sehubungan itu, Zahid meminta ahli UMNO bertenang dan menunggu kenyataan lanjut daripada Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) selaku urus setia lembaga terbabit. Timbalan Perdana Menteri itu berkata, sidang Lembaga Pengampunan telah berlalu 28 April lalu dan tiada agenda pengampunan Najib kerana Lembaga Pengampunan memikirkan bahawa akan ada waktu paling sesuai untuk memasukkan agenda itu. “Kita tunggulah sebarang kenyataan daripada…

Read More

Saran pakai pelitup muka

MELAKA 30 April – Kerajaan Melaka menggalakkan orang ramai memakai pelitup muka di tempat awam termasuk di sekolah, terutama membabitkan mereka yang bergejala Covid-19. Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Ngwe Hee Sem, berkata langkah itu seperti saranan Kementerian Kesihatan (KKM) sebagai salah satu usaha mengekang penularan Covid-19 di Melaka. Katanya, walaupun kes jangkitan harian dilaporkan semakin berkurang, Melaka akan mengikuti saranan, garis panduan atau prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan atau dikeluarkan KKM sekiranya ada. “Setakat ini, pemakaian pelitup muka di tempat awam hanya disarankan, bukan diwajibkan. Namun…

Read More

Tidak mungkin cecah 40 darjah Celsius

SINGAPURA: Suhu di Singapura tidak mungkin mencecah 40 darjah Celsius dalam tempoh minggu-minggu akan datang ini walaupun negara itu mengalami cuaca panas sejak kebelakangan ini. Menurut Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), pihaknya menyedari mesej yang dipercayai memberi amaran kepada penduduk Singapura tentang kemungkinan gelombang haba antara 40 hingga 50 darjah Celsius. Bagaimanapun NEA dalam satu catatan Facebook pada Jumaat lalu menyatakan tidak mungkin suhu mencecah setinggi 40 darjah Celcius. “Walaupun kita mengalami hari-hari dengan cuaca lebih panas sejak beberapa minggu lewat ini, suhu tidak memecah paras rekod,” jelas NEA yang menjelaskan…

Read More

Laluan lebih jauh demi keselamatan

SEPANG: Laluan lebih jauh sehingga 1,300 kilometer (km) ke Pelabuhan Sudan menjadi pilihan demi memastikan kesemua rakyat Malaysia dibawa keluar dari Khartoum dalam keadaan selamat. Duta Besar Malaysia ke Sudan, Mohamad Razdan Jamil, berkata pihaknya mempunyai pilihan laluan lebih dekat sekitar 800 km. Bagaimanapun pihaknya melakukan penilaian dalam memilih laluan keluar yang paling kurang berisiko dan bukan laluan yang menjadi sasaran serang hendap Angkatan Tentera Sudan (SAF) dan Rapid Support Forces (RSF). “Selepas kawasan kediaman Rumah Malaysia di Khartoum terdedah kepada serangan dan peluru sesat kesan pertempuranSAF dan RSF,kami memutuskan supaya…

Read More

Tangguh rancangan ke Sudan

SEPANG 28 April – Rakyat Malaysia yang bercadang melawat Sudan ketika ini dinasihatkan supaya menangguhkan hasrat mereka itu sehingga keadaan konflik di negara itu kembali pulih. Menteri Luar,  Dr Zambry Abdul Kadir, berkata pihaknya juga memohon rakyat negara ini menyalurkan maklumat kepada kementerian sekiranya ada ahli keluarga mereka yang masih berada di Sudan. “ Kita ingin nasihatkan rakyat Malaysia yang ingin atau ada perancangan melawat Sudan, hendaklah tangguh perjalanan sehingga keadaan kembali pulih. “Begitu juga kita minta sekiranya ada mana-mana pihak atau rakyat Malaysia yang mengetahui masih ada ahli keluarga…

Read More

Kelulusan EIA PSI bukan muktamad

SUNGAI BULOH 28 April – Kelulusan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) bagi Projek Tambakan Laut Selatan Pulau Pinang (PSI) oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) bukan keputusan muktamad membenarkan aktiviti tambakan di lokasi dicadangkan. Perdana Menteri Anwar Ibrahim juga menafikan dakwaan enggan ‘melayan’ kekecewaan golongan nelayan dan penduduk setempat yang dijangka terjejas susulan pelaksanaan Projek PSI. “Keputusan EIA (PSI), JAS memberi kelulusan pada prinsipnya dengan 71 syarat. Jadi kita telitilah. “Saya sudah kemukakan beberapa kebimbangan, terutama (bagi) pihak nelayan dan penduduk setempat yang berbilang kaum dan biarkan proses ini berjalan terlebih…

Read More

Malaysia dapat semula kuota asal jemaah haji

KUALA LUMPUR 28 April – Malaysia mendapat semula kuota asal jemaah haji berjumlah 31,600 dengan pertambahan kuota tambahan pertama sebanyak 350 jemaah, kata Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Azman Mokhtar. Beliau berkata, kerajaan sedang membuat rayuan kedua iaitu penambahan sehingga 10,000 lagi kuota, yang dijangka akan diketahui Mei ini. “Kita berharap kuota tambahan dapat diluluskan bagi membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia menunaikan haji. “Bagi rayuan pertama sebanyak 350 kuota sudah lulus dan rayuan kedua iaitu penambahan 10,000 lagi kuota masih dalam rayuan dan kita jangka awal Mei jawapan akan diterima,”…

Read More