Bersatu mohon kosongkan 4 kerusi

KUALA LUMPUR 28 April – Parti Bersatu memohon kebenaran mahkamah untuk memulakan prosiding semakan kehakiman bagi mendapatkan perisytiharan bahawa kerusi Parlimen Papar, Batu Sapi, Ranau dan Sipitang sudah dikosongkan. Permohonan kebenaran itu difailkan Naib Presidennya,  Dr Ronald Kiandee dan Kapten (B) Muhammad Suhaimi Yahya selaku pegawai awam parti berkenaan. Ia menamakan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Johari Abdul dan empat Ahli Parlimen kawasan terbabit Armizan Mohd Ali (Papar), Khairul Firdaus Akbar Khan (Batu Sapi), Jonathan Yasin (Ranau) dan Matbali Musah (Sipitang) sebagai responden pertama hingga kelima. Dalam permohonan itu, Bersatu memohon…

Read More

TH agih keuntungan 3.1 peratus

KUALA LUMPUR 28 April – Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan agihan keuntungan selepas zakat sebanyak 3.1 peratus bagi tahun kewangan 2022, membabitkan RM2.65 bilion, meningkat tujuh peratus berbanding RM2.46 bilion tahun sebelumnya. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),  Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata agihan itu akan memberi manfaat kepada lebih 8.7 juta pendeposit TH dan ia juga setelah mengambil kira pembayaran zakat sebanyak 2.57 peratus. Agihan keuntungan ini adalah kompetitif mengambil kira antara lainnya kadar agihan bagi tahun 2022 adalah lebih tinggi daripada purata kadar deposit tetap perbankan…

Read More

BN pertahan Kerajaan Perpaduan

KUALA LUMPUR 27 April –  Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) sebulat suara bersetuju mempertahankan Kerajaan Perpaduan yang turut dianggotai BN, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir. Katanya, BN komited untuk bersama-sama membangunkan agenda polisi rakyat terus dilaksanakan. “Barisan Nasional menyeru agar semua pemimpin dari pelbagai lapisan masyarakat untuk terus menjaga perpaduan dan keharmonian agar kestabilan politik dapat dijamin,” katanya dalam satu kenyataan malam ini. Di samping itu Dewan Tertinggi BN juga telah dimaklumkan secara mendalam persiapan parti menghadapi Pilihan Raya enam Negeri, iaitu Kedah, Pulau Pinang,…

Read More

Suami isteri ditahan selepas aksi ‘wheelie’ tular

KOTA BHARU 27 April –  Pasangan suami isteri berusia 16 dan 17 tahun ditahan hari ini selepas tular aksi ‘wheelie’ yang dilakukan di Jalan Pasir Puteh, Peringat, di sini. Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, pasangan itu menyerah diri pada pukul 10 pagi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu. Sebelum itu pasangan terbabit bertindak menghilangkan diri selama dua hari selepas diburu pihak polis. “Mereka kini dalam proses permohonan reman pada Jumaat untuk siasatan lanjut. Kes akan disiasat bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya…

Read More

93 peratus responden PSI beri ulasan positif

KUALA LUMPUR 27 April – Sebanyak 3,464 ulasan awam direkodkan dengan 93 peratus responden memberikan ulasan positif berhubung Laporan Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling (EIA) bagi Projek Pulau Pinang Selatan (PSI). Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Wan Abdul Latiff Wan Jaffar, berkata, laporan bertarikh 29 April 2022 dipamerkan untuk ulasan awam bermula 20 Mei hingga 18 Jun 2022 secara hibrid. Ia dipamerkan di empat pejabat utama iaitu Perpustakaan JAS Ibu Pejabat, JAS  Negeri Pulau Pinang, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Pusat Perkhidmatan Setempat Nelayan Permatang Damar Laut.…

Read More

Jumlah kemalangan berkurangan

KUALA LUMPUR 27 April –  Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman melaporkan sebanyak 1,618 kemalangan membabitkan 1,975 kenderaan pelbagai jenis pada hari ketujuh Op Selamat 20 di seluruh negara, semalam. Jumlah itu menunjukkan pengurangan jumlah kemalangan berbanding 1,756 kelmarin manakala jumlah kenderaan terlibat juga kurang berbanding 2,011 sebelumnya. Menerusi hantaran di laman di Facebooknya, JSPT memaklumkan kereta mencatat angka tertinggi kemalangan iaitu 1,304 atau 66 peratus daripada keseluruhan kes yang direkodkan semalam, Rabu. Ini diikuti motosikal (250), kenderaan pacuan empat roda (179), kenderaan pelbagai guna (127), van (34),…

Read More

PSI lalui semua pertimbangan teknikal

TANJONG 27 April – Projek Pulau Pinang Selatan (PSI) yang mendapat kelulusan penilaian kesan alam sekitar (EIA) sudah melalui semua pertimbangan teknikal yang diperlukan daripada pelbagai agensi dan jawatankuasa kerajaan. Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, berkata proses itu menuntut masa dan usaha yang cukup banyak sebelum kelulusan EIA diterima. Bercakap pada sidang media di pejabatnya di Komtar di sini hari ini, beliau berkata, kelulusan itu diberikan berdasarkan laporan EIA baharu yang dikemukakan selepas laporan sebelum ini dibatalkan pada 2021. Beliau juga menjelaskan, meskipun kelulusan EIA untuk projek tambak laut bernilai…

Read More

30 rakyat Malaysia di Sudan tiba esok

PUTRAJAYA 27 April – Kesemua 30 rakyat Malaysia yang diselamatkan dalam Misi Menyelamat Operasi Sudan (Ops Sudan) akibat pertempuran tentera tempatan di negara berkenaan, akan tiba di tanah air pada pukul 4 petang esok. Mereka akan diterbangkan dari Jeddah, pada pukul 8 pagi dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) melalui penerbangan komersial Saudi Air pada pukul 4 petang waktu tempatan. Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata kepulangan mereka sudah pastinya akan disambut oleh ahli keluarga terdekat dan sanak-saudara. Zambry pada sidang media khas…

Read More