Saran pakai pelitup muka

MELAKA 30 April – Kerajaan Melaka menggalakkan orang ramai memakai pelitup muka di tempat awam termasuk di sekolah, terutama membabitkan mereka yang bergejala Covid-19.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Ngwe Hee Sem, berkata langkah itu seperti saranan Kementerian Kesihatan (KKM) sebagai salah satu usaha mengekang penularan Covid-19 di Melaka.

Katanya, walaupun kes jangkitan harian dilaporkan semakin berkurang, Melaka akan mengikuti saranan, garis panduan atau prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan atau dikeluarkan KKM sekiranya ada.

“Setakat ini, pemakaian pelitup muka di tempat awam hanya disarankan, bukan diwajibkan. Namun sekiranya dalam masa terdekat, pemakaian pelitup muka diwajibkan, maka kita akan mengikuti SOP itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidifitri Kerajaan Negeri Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini semalam.

KKM sebelum ini mengesyorkan pemakaian pelitup muka dilaksanakan semula di semua sekolah berikutan kebimbangan peningkatan kembali kes Covid-19, selain penularan varian baharu dikenali sebagai XBB.1.16 atau Arcturus.

Related posts

Leave a Comment