KUALA LUMPUR 22 Mac – Umat Islam di seluruh negara mula berpuasa Khamis, 23 Mac, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Syed Danial Syed Ahmad. Beliau berkata, tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan Khamis menurut perintah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja. Pengumumkan tarikh itu disiarkan secara langsung menerusi siaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam ini. Rabu lalu, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja menetapkan tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan permulaan puasa untuk umat Islam…
Read MoreDay: March 22, 2023
UMNO bimbang sentimen permainan kaum
KUALA LUMPUR 23 Mac – UMNO yang selesai mengadakan pemilihan parti pada 18 Mac lalu akan terus mendukung Kerajaan Perpaduan Malaysia dan komited untuk memastikan keutuhan kerjasama dalam kerajaan ini demi kestabilan negara. Menurut kenyataan yang dikeluarkan selepas mesyuarat pertama Majlis Kerja Tertinggi (MKT) hari ini UMNO turut menzahirkan kebimbangan sentimen permainan kaum dan agama yang terus menular. Justeru parti Melayu terbesar itu menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas bagi membendung fenomena yang boleh merosakkan keharmonian negara. UMNO melalui kenyataan itu juga beriltizam untuk membantu kerajaan melalui wakil-wakil parti dalam Kerajaan bagi…
Read MoreAsyraf Setiausaha Agung UMNO
KUALA LUMPUR 22 Mac – Bekas Ketua Wanita UMNO, Shahrizat Abdul Jalil dilantik sebagai ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO manakala bekas Ketua Pemuda Dr Asyraf Wajdi Dusuki sebagai Setiausaha Agung UMNO. Presiden UMNO, Dr Ahmad Zahid Hamidi juga mengumumkan pelantikan semula Tengku Adnan Tengku Mansor sebagai Bendahari Agung manakala Azalina Othman Said sebagai Ketua Penerangan. Pada pemilihan lalu, Shahrizat gagal dalam saingan menduduki semula jawatan Ketua Wanita selepas tewas kepada penyandang, Noraini Ahmad. Dalam sidang media di Ibu Pejabat UMNO hari ini, Ahmad Zahid turut mengumumkan Ahli-ahli Majlis Kerja…
Read MoreAnwar mulakan lawatan rasmi ke Arab Saudi
JEDDAH: Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini mengerjakan ibadah umrah sejurus tiba di sini sempena lawatan rasmi tiga hari beliau ke Arab Saudi bermula hari ini. Terdahulu pesawat khas membawa beliau dan delegasi mendarat di Royal Pavilion, Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz pada pukul 6.40 pagi waktu tempatan (11.40 pagi waktu Malaysia). Ketibaan Anwar disambut Gabenor Jeddah, Putera Saud Abdullah Jalawi Al Saud, dengan upacara sambutan rasmi membabitkan kawad statik. Ini merupakan lawatan rasmi sulung beliau ke negara Asia Barat dan lawatan rasmi negara luar ASEAN yang pertama selepas dilantik…
Read MoreThai Hot Guy: Tidak wajar guna nama Tun Razak
KUALA LUMPUR 22 Mac – Ketua UMNO bahagian Langkawi, Mohd Nazifuddin Najib membantah sekeras kerasnya pertunjukan ‘Thai Hot Guy’ yang dijadualkan pada 30 Mac ini di sebuah kelab di ibu negara. Anak bekas Perdana Menteri itu berharap pihak berkuasa mengambil tindakan keras kepada pihak penganjur agar perkara ini boleh dihalang dan dibanteras mengikut kaedah perundangan negara. “Tular iklan promosi pertunjukan ‘Thai Hot Guy’ yang dijadualkan pada 30 Mac 2023 ini di sebuah kelab bertempat di Ibu negara. “Saya membantah sekeras kerasnya pertunjukan seperti ini tambahan di bulan Ramadan, di mana…
Read MoreKDN teliti Thai Hot Guy
PUTRAJAYA 22 Mac – Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mendapatkan maklumat lanjut termasuk bagi mengenal pasti penganjur acara hiburan ‘Thai Hot Guy’ yang dikatakan akan berlangsung di sebuah kelab malam di Jalan Tun Razak akhir bulan ini. Menterinya, Saifuddin Nasution Ismail, berkata, KDN akan juga meneliti pihak yang memberi kelulusan program berkenaan yang boleh mewujudkan keresahan dalam kalangan masyarakat ketika bulan Ramadan. “Pertama, kita kenal pasti siapa buat, kelulusan pihak mana, pihak berkuasa tempatan (PBT) atau mana-mana pihak. Reaksi umum saya jelas, memasuki ambang Ramadan ini, sebaik-baiknya acara seumpama itu…
Read More“Hentikan program tidak sihat itu”
KUALA LUMPUR 22 Mac – Kerajaan Perpaduan berteraskan konsep Malaysia Madani menolak program disifatkan ‘tidak sihat’ yang mempersembahkan sekumpulan pelayan lelaki berbadan sasa dari Thailand, yang dijadual diadakan di sebuah kelab di ibu negara pada 30 Mac ini. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Wilson Ugak Kumbong, berkata pihaknya meminta program itu tidak diteruskan bagi menjaga keharmonian negara yang berbilang kaum dan agama. “Kerajaan kita tiada program seperti dikatakan itu. Kita mohon Malaysia Madani tidak akan meneruskan program yang tidak sihat (seperti itu)…
Read MorePas bantah acara Thai Hot Guy
KUALA LUMPUR 22 Mac – Pas amat kesal dan membantah penganjuran acara pembukaan rasmi sebuah bar di ibu negara yang bakal menampilkan persembahan ‘Thai Hot Guy’ sebagai tarikan utama yang didakwa sebagai mempromosi budaya hedonistik, lucah dan seks bebas. Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan, berkata bantahan itu atas dasar ia adalah keterlaluan, tidak sensitif, tidak bermoral, malah menjijikkan. Menurut Takiyuddin, makluman mengenainya di akaun Facebook bar itu menyatakan acara itu dijadualkan pada 30 Mac bermula pukul 6 petang dan terhad kepada 250 pengunjung, akan menampilkan persembahan sekumpulan pelayan lelaki berbadan…
Read More6 produk mengandungi racun berjadual
KUALA LUMPUR 22 Mac – Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan (KKM) membatalkan notifikasi enam produk kosmetik kerana dikesan mengandungi racun berjadual. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata produk berkenaan ialah Flashhskinzz Moist Sunscreen, Serene Treatment Cream, Tempias Hawa Master Recovery Skin Rskin dan Karisma Preventing Day Cream, yang masing-masing mengandungi merkuri. Dua lagi produk kosmetik yang terbabit ialah SL Two Kunyit yang mengandungi merkuri dan Betamethasone 17- Valerate dan SL Two Sarang Burung(Hydroquinone, Tretinoin dan Betamethasone 17-Valerate). Beliau dalam satu kenyataan berkata, merkuri yang dilarang dalam…
Read More