Puasa Ramadan Malaysia bermula Khamis

KUALA LUMPUR 22 Mac – Umat Islam di seluruh negara mula berpuasa Khamis, 23 Mac, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja,  Syed Danial Syed Ahmad.

Beliau berkata, tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan Khamis menurut perintah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Pengumumkan tarikh itu disiarkan secara langsung menerusi siaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam ini.

Rabu lalu, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja menetapkan tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan permulaan puasa untuk umat Islam di Malaysia ialah pada, 22 Mac, bersamaan 29 Syaaban 1444 Hijrah.

Proses melihat anak bulan Ramadan berlangsung di 29 lokasi seluruh negara antaranya di Pontian Kecil, Johor dan Kompleks Falak Al-Khawarizmi Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka.

Related posts

Leave a Comment