Dukacita PN tolak permohonan Pejuang

KUALA LUMPUR 21 Mac – Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) dukacita iltizam dan matlamat untuk tidak memecahkan undi orang-orang Melayu tidak disambut oleh pimpinan Perikatan Nasional (PN). Setiausaha Agung Pejuang, Amiruddin Hamzah berkata, ini berikutan keputusan PN yang menolak permohonan Pejuang untuk bersama-sama berada di dalam gabungan PN. “Pejuang dimaklumkan bahawa semalam Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) telah bermesyuarat untuk antara lainnya membincangkan permohonan Pejuang menyertai gabungan Perikatan Nasional. Pejuang dimaklumkan bahawa permohonan ini ditolak. Adalah amat mendukacitakan bahawa iltizam dan matlamat untuk tidak memecahkan undi orang Melayu tidak disambut oleh…

Read More

PN tolak penyertaan Pejuang

KUALA LUMPUR 21 Mac –  Perikatan Nasional (PN) yang menggabungkan Bersatu, Pas dan Gerakan menolak permohonan parti Pejuang Tanahair (Pejuang) untuk menyertai gabungan yang dipengerusikan oleh Muhyiddin Yassin itu. Setiausaha Agung PN Hamzah Zainudin dalam kenyataannya berkata, keputusan itu dibuat pada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) yang dipengerusikan Muhyiddin semalam. Turut hadir Presiden Pas, Abdul Hadi Awang dan Presiden Geraka Dr. Dominic Lau, dan semua wakil parti anggota. Pada awal bulan ini, Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir menghantar surat permohonan menyertai PN kepada Muhyiddin selepas meninggalkan Gerakan Tanah Air (GTA) yang dipengerusikan Dr…

Read More

Muhyiddin mohon maaf atau disaman

KUALA LUMPUR 21 Mac – Pengerusi DAP Lim Guan Eng memberi kata dua kepada Pengerusi Perikatan Nasional (PN),  Muhyiddin Yassin, sama ada memohon maaf secara terbuka atau menghadapi tindakan perundangan susulan kenyataan berbaur fitnah membabitkan pembatalan pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary. Bekas Menteri Kewangan itu menggesa Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri dan Presiden Bersatu, menarik balik dakwaan terbabit serta-merta. Ahli Parlimen Bagan itu menegaskan, tindakan perundangan akan diambil ke atas Muhyiddin jika gagal mematuhi gesaan berkenaan dan memberi tempoh sehingga hari ini bagi Ahli Parlimen Pagoh itu berbuat demikian.…

Read More

Guan Eng tidak batal pengecualian cukai Yayasan Albukhary

KUALA LUMPUR 21 Dis. – Anwar Ibrahim menafikan bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, membatalkan pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary seperti didakwa sesetengah pihak sebelum ini. Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata, berpandukan rekod Kementerian Kewangan (MoF), beliau mengesahkan Guan Eng tidak berbuat demikian ketika menyandang jawatan berkenaan. Anwar berkata, kelulusan pengecualian cukai pendapatan kepada Yayasan Albukhary sebelum ini dibuat bawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 (Akta 53). “Kerajaan mengesahkan daripada rekod MoF bahawa Yang Berhormat Bagan (Guan Eng) ketika menjawat tidak pernah membuat sebarang pembatalan kepada kelulusan…

Read More

KDN atur program atasi kesesakan penjara

KAJANG: Seramai 79,131 penghuni ditempatkan di 93 institusi di bawah pengurusan Jabatan Penjara di seluruh negara, melebihi 11.2 peratus atau 7,312 penghuni daripada jumlah kapasiti keseluruhan institusi berkenaan iaitu 65,762 penghuni. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, bagi menangani isu kesesakan dalam penjara, Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mempergiatkan beberapa program dan sistem dikendalikan Jabatan Penjara. Ini termasuk Sistem Parol, Perintah Kehadiran Wajib, Pelepasan Banduan Secara Lesen, Program Reintegrasi Penghuni dan Program Pemulihan Pemasyarakatan. “Banduan terbabit akan menjalani latihan pekerjaan dalam sektor perkilangan, perladangan dan perkhidmatan di…

Read More

Lawatan negara Presiden Singapura

KUALA LUMPUR 21 Mac – Presiden Singapura, Halimah Yacob, diberi sambutan negara di Istana Negara, hari ini, sempena lawatan negara ke Malaysia selama tiga hari bermula semalam. Ketibaan beliau bersama suami, Mohamed Abdullah Alhabshee, pada pukul 11 pagi disambut Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Turut hadir ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; serta menteri-menteri Kabinet. Istiadat sambutan di…

Read More

Mangsa banjir di Batu Pahat turun

JOHOR BAHRU 21 Mac – Mangsa banjir di Batu Pahat terus turun kepada 6,740 orang daripada 1,923 keluarga, setakat pukul 8 pagi ini, berbanding 7,972 orang (2,299 keluarga) pada malam tadi. Setiausaha Kerajaan Johor, Dr Azmi Rohani yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), berkata kesemua mereka masih berlindung 43 pusat pemindahan sementara (PPS). Dalam tempoh yang sama, empat PPS di Batu Pahat telah ditutup, iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Air Hitam, Felcra Seri Wangi dan Sekolah Agama Kangkar Merlimau. Dalam satu kenyataan, beliau berkata lapiran Jabatan Meteorologi Malaysia…

Read More

Finland negara paling bahagia

HELSINIKI: Laporan Kebahagiaan Dunia 2023 menamakan Finland sebagai negara paling bahagia di dunia untuk kali kenam berturut-turut. Sembilan negara lain yang teratas adalah Denmark, Iceland, Israel, Belanda, Sweden, Norway, Switzerland, Luxembourg dan New Zealand. Menurut laporan itu lagi, Rusia berada di tempat ke-70 manakala Lithuania merupakan satu-satunya negara baharu yang berada di kedudukan 20 negara teratas untuk melonjak naik lebih 30 tangga sejak 2017. Afghanistan dan Lubnan yang dilanda perang kekal sebagai negara paling tidak bahagia dalam tinjauan itu, dengan penilaian kehidupan purata lima mata lebih rendah (pada skala 0…

Read More