Ramai muka lama sertai saingan MKT UMNO

KUALA LUMPUR 2 Mac – Ramai muka lama dalam kalangan 95 calon yang menawarkan diri untuk mengisi 25 kerusi Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) pada pemilihan UMNO bagi penggal 2023-2026 yang akan berlangsung pada 18 Mac ini. Mereka termasuk yang pernah menjadi menteri, timbalan menteri dan menteri besar serta bekas exco kerajaan negeri dan yang pernah menjadi ketua bahagian serta pernah bersama barisan kepemimpinan UMNO di pelbagai peringkat. Masing-masing ada rekod perkhidmatan mereka yang boleh ditawarkan kepada ahli-ahli UMNO bagi memulihkan parti. Di peringkat menteri ketika ini, mereka yang menawarkan…

Read More

Lapan rebut tiga kerusi Naib Presiden UMNO

KUALA LUMPUR 2 Mac – Selepas Menteri Luar, Dr Zambry Abd Kadir menarik diri bagi jawatan Naib Presiden UMNO, jumlah calon bagi jawatan itu kekal lapan orang berikutan kemunculan calon kurang dikenali yang turut menawarkan diri. Mohd Yusof Musa, antara yang sah bertanding dan menerima nombor calon hari ini bagi merebut salah satu daripada tiga jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan bagi penggal 2023/2026. Tujuh lagi calon yang akan merebut jawatan sama ialah dua penyandang iaitu Menteri Pengajian Tinggi,  Mohamed Khaled Nordin dan bekas Ahli Parlimen Padang Terap,  Mahdzir Khalid.…

Read More

Satu lawan satu Ketua, Naib Ketua Wanita UMNO

KUALA LUMPUR 2 Mac – Dr Noraini Ahmad yang akan mempertahankan jawatan Ketua  Wanita UMNO dalam pemilihan parti itu 11 Mac ini akan dicabar oleh bekas pemimpin pergerakan itu, Shahrizat Abdul Jalil. Dalam cabutan nombor calon petang ini, Ahli Parlimen Parit Sulong itu disenaraikan sebagai calon No. 1 manakala Sharizat yang pernah memimpin sayap parti itu sebelum berundur pada 2018 disenaraikan sebagai calon No.2. Kedudukan Naib Ketua Wanita UMNO juga menyaksikan hanya dua calon bakal bertanding. Penyandang jawatan itu, Norliza Abdul Rahim, bakal dicabar oleh Ketua Penerangan Wanita UMNO merangkap Setiausaha…

Read More

Enam rebut Ketua, 42 isi 20 Exco Puteri

KUALA LUMPUR 2 Mac – Enam orang ‘puteri’ mengesahkan untuk merebut jawatan Ketua Puteri UMNO pada pemilihan 11 Mac ini selepas masing-masing mendapatkan nombor calon hari ini sebagai panduan perwakilan pada pemilihan nanti. Cabutan nombor calon-calon Pergerakan Puteri UMNO Malaysia sempena Pemilihan UMNO bagi penggal 2023/2026 itu berlangsung di Menara Dato’ Onn hari ini. Berdasarkan senarai yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU), sebanyak 55 orang calon telah mengesahkan diri bagi mengisi jawatan-jawatan yang dipertandingkan untuk pergerakan itu. Daripada jumlah itu, dua orang calon masing-masing mengesahkan untuk bertanding jawatan Pengerusi…

Read More

Lengkapkan masjid dengan ICT – Sultan Selangor

KLANG 2 Mac – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan semua masjid di negeri ini menyediakan kelengkapan teknologi dan maklumat (ICT) bagi merekod dan memantau semua aktiviti ceramah atau kuliah. Justeru titah baginda, semua nazir boleh memperuntukkan sebahagian daripada kewangan masjid masing-masing untuk menyediakan kelengkapan berkenaan. Kelengkapan berkenaan antara lain boleh merekod dan memantau ceramah atau kuliah yang cuba menyelit unsur politik, menghina, mengumpat, menfitnah dan mencaci mana-mana pihak. Lebih penting, Sultan Sharafuddin bertitah, perjalanan ceramah mudah untuk dipantau serta dirujuk semula apabila diperlukan. Baginda bertitah, kelengkapan itu akan…

Read More

Telur: Ka Siong terima surat saman kedua

SEPANG 2 Mac – Ahli Parlimen Ayer Hitam, Dr. Wee Ka Siong menerima surat saman kedua daripada pengimport telur dari India susulan kenyataannya di Dewan Rakyat minggu lalu mengenai isu kekurangan telur. Melalui kenyataan ringkas di laman Facebooknya hari ini, Ka Siong yang juga Presiden MCA terkilan dengan tindakan tersebut. “Saya rasa terkilan kerana baru saja menerima surat kedua dari peguam yang mewakili syarikat pengimport telur dari India. “Saya tidak gentar dan tetap mempertahankan kenyataan yang telah saya buat di dalam Dewan Rakyat,” katanya. Pada 28 Februari lalu, Ka Siong…

Read More

Anwar terima Ijazah Doktor Kehormat Undang-Undang

MANILA: Perdana Menteri Anwar Ibrahim dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat Undang-Undang atau ‘honoris causa’ Universiti Filipina (UP) sempena lawatan rasmi Perdana Menteri ke negara ini. Penganugerahan itu mengambil kira Perdana Menteri menjadi sarjana dan memiliki kepakaran antarabangsa dalam bidang ekonomi, demokrasi, kebebasan, tadbir urus, Islam dan demokrasi serta keperluan akauntabiliti. Ijazah doktor kehormat itu disampaikan Pengerusi Suruhanjaya Tinggi Pendidikan Filipina, J Prospero E De Vera III serta Presiden dan Pengerusi Bersama Lembaga Regen UP Angelo A Jimenez. Naib Canselor Hal Ehwal Awam UP, Jose Wendell Capili, melalui kenyataan berkata, Perdana Menteri…

Read More

Filem pendek Mentega Terbang terus dikecam

SEPANG 2 Mac –  Filem pendek Mentega Terbang terus mendapat kecaman dan desakan supaya pihak berkuasa mengambil tindakan tegas berikutan ia didakwa bertentangan dengan akidah dan cara kehidupan umat Islam di Malaysia. Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini turut menggesa kerajaan dan pihak berkuasa lain mengambil tindakan tegas terhadap penerbit, pelakon dan individu yang terbabit dalam pembikinan filem itu. Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan, berkata filem terbabit yang tular di media sosial baru-baru ini jelas mencabar dan membangkitkan kemarahan umat Islam khususnya di negara ini. Beliau berkata, Jabatan Kemajuan…

Read More

217 kes harian Covid-19, dua kematian

PUTRAJAYA 2 Mac – Hari pertama bulan Mac merekodkan 217 kes jangkitan harian Covid-19 semalam, menunjukkan sedikit peningkatan berbanding 206 kes yang dilaporkan kelmarin. Menurut data portal KKMNow, jumlah keseluruhan meningkat kepada 5,043,008 yang meliputi 5,004,323 kes tempatan dan 38,685 kes import. Dua kematian juga direkodkan semalam termasuk satu kes di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID) menjadikan jumlah yang meninggal dunia setakat ini 36,960 orang termasuk 7,874 kes BID. Sementara itu, jumlah kes aktif turun sedikit kepada 9,230 berbanding 9,248 kelmarin dan daripada jumlah itu, sebanyak 8,882 kes atau…

Read More