KUALA LUMPUR 2 Mac – Ramai muka lama dalam kalangan 95 calon yang menawarkan diri untuk mengisi 25 kerusi Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) pada pemilihan UMNO bagi penggal 2023-2026 yang akan berlangsung pada 18 Mac ini.
Mereka termasuk yang pernah menjadi menteri, timbalan menteri dan menteri besar serta bekas exco kerajaan negeri dan yang pernah menjadi ketua bahagian serta pernah bersama barisan kepemimpinan UMNO di pelbagai peringkat.
Masing-masing ada rekod perkhidmatan mereka yang boleh ditawarkan kepada ahli-ahli UMNO bagi memulihkan parti.
Di peringkat menteri ketika ini, mereka yang menawarkan diri adalah Menteri Luar yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Dr. Zambry Abdul Kadir; dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Zafrul Abdul Aziz.
Turut bertanding, adalah Timbalan Menteri Kewangan merangkap Setiausaha Agung UMNO, Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Dalam Negeri merangkap Pengarah Komunikasi BN, Dr Shamsul Anuar Nasarah dan Timbalan Menteri Luar, Mohamad Alamin.
Beberapa calon Ahli Parlimen BN yang tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) mencuba nasib bertanding jawatan MKT antaranya Khairul Azwan Harun (Pasir Salak), Othman Aziz (Jerlun), Zahida Zarik Khan (Padang Besar), Isham Abdul Jalil (Shah Alam) dan Abdul Azeez Rahim (Baling).
Pada pemilihan kali ini turut menyaksikan penampilan semula pemimpin lama UMNO termasuk bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo dan bekas Timbalan Menteri Pertahanan, Mohd Johari Baharom.
Turut serta bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Jailani Johari, bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Mastura Yazid.
Berikut adalan senarai penuh calon (mengikut nombor calon) yang bertanding jawatan ahli MKT UMNO:
1. Datuk Seri Md Alwi Che Ahmad
2. Datuk Lassim Burhan
3. Datuk Lillah Yassin
4. Datuk Fathul Bari Mat Jahaya
5. Syamsul Hidayat Shariff
6. Datuk Seri Ahmad Maslan
7. Tan Sri Fatmi Che Salleh
8. Datuk Seri Jalaluddin Alias
9. Kamaruzzaman Ali
10. Datuk Zainal Abidin Jidin
11. Datuk Johan Aziz
12. Datuk Hasmuni Hassan
13. Datuk Rozabil Abdul Rahman
14. Datuk Lokman Adam
15. Datuk Adnan Seman
16. Datuk Puad Zarkashi
17. Datuk Zein Isma
18. Datuk Mohd Ariff
19. Muhamad Faizullah Alkamal
20. Datuk Zaidy Abdul Kadir
21. Datuk Johari Baharum
22. Datuk Mad Nazari Ahmad Dahlan
23. Datuk Dr Shaik Hussein
24. Datuk Seri Zambry Abdul Kadir
25. Datuk Samsuri Sahrom
26. Datuk Ahmad Jazlan Yaakub
27. Julie Sabran
28. Datuk Khairul Azwan Harun
29. Datuk Othman Aziz
30. Rosli Othman
31. Datuk Seri Bung Moktar Radin
32 Datuk Izzudin Ishak
33. Datuk Zahida Zarik Khan
34. Ahmad Fauzan Kamarudin
35. Datuk Azian Osman
36. Isham Jalil
37. Datuk Seri Abdul Azeez Rahim
38. Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah
39. Abdul Halim Hafez Abdul Rahman
40. Datuk Seri Jamil Khir Baharom
41. Datuk Zaid Ibrahim
42. Datuk Jeffridin Atan
43. Rosli Mohd Saleh
44. Datuk Shafie Abdullah
45. Datuk Bastien Onn
46. Datuk Azlan Man
47. Datuk Mohamad Khir Toyo
48. Mohamad Zahir Abdul Khalid
49. Datuk Mastura Yazid
50. Datuk Seri Shahaniza Shamsudin
51. Datuk Zainal Abidin Rafique
52. Mohd Fazilah Mohd Ali
53. Musa Mabul
54. Datuk Khairul Azmi
55. Faiz Hashim
56. Mohd Ariffin Nan
57. Datuk Mohamed Hazali Hassan
58. Datuk Shukur Idrus
59. Datuk Hazmi Yusof
60. Mohd Najib Mohd Isa
61. Datuk Shaiful Hazizy
62. Ghazali Ansing
63. Datuk Zainul fitri
64 Datuk Hasnol Ayub
65. Datuk Abdul Rahman Dahlan
66. Dr Najmil Faiz Mohamed Aris
67. Datuk Mohamad Alamin
68. Muzafar Ali Khan
69. Datuk Muqharrabin Mokhtarudin
70. Datuk Mohd Ali Mohamad
71. Abdul Ghani Ngah
72. Datuk Hamim Samuri
73. Datuk Razlan Rafii
74. Azhar Ahmad
75. Datuk Jamal Yunos
76. Datuk Sohaimi Shahadan
77. Datuk Nur Jazlan Mohamad
78. Datuk Zakaria Abdullah
79. Datuk Mohd Rafi
80. Datuk Seri Shankar Samsudin
81. Datuk Seri Ahmad Said
82. Hasni Yang Ghazali
83. Datuk Abdul Rahman Mohamad
84. Datuk Fazly Zainudin
85. Datuk Rosnah Rashid Shirlin
86. Datuk Rosni Sohar
87. Datuk Jailani Johari
88. Datuk Rais Yassin
89. Johari Yazid
90. Misri Barham
91. Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz
92. Datuk Abdul Razak Rahman
93. Datuk Fuad Tukirin
94. Datuk Rafi Awang Kechik
95. Datuk Suraya Yaakob,