Satu lawan satu Ketua, Naib Ketua Wanita UMNO

KUALA LUMPUR 2 Mac – Dr Noraini Ahmad yang akan mempertahankan jawatan Ketua  Wanita UMNO dalam pemilihan parti itu 11 Mac ini akan dicabar oleh bekas pemimpin pergerakan itu, Shahrizat Abdul Jalil.

Dalam cabutan nombor calon petang ini, Ahli Parlimen Parit Sulong itu disenaraikan sebagai calon No. 1 manakala Sharizat yang pernah memimpin sayap parti itu sebelum berundur pada 2018 disenaraikan sebagai calon No.2.

Kedudukan Naib Ketua Wanita UMNO juga menyaksikan hanya dua calon bakal bertanding.

Penyandang jawatan itu, Norliza Abdul Rahim, bakal dicabar oleh Ketua Penerangan Wanita UMNO merangkap Setiausaha Politik kepada Timbalan Perdana Menteri, Rosni Zahari.

Nombor calon bagi Norliza adalah 2 dan Rosni No.1.

Secara keseluruhan 69 orang calon menawarkan diri untuk pelbagai jawatan Pergerakan Wanita UMNO dengan dua untuk Pengerusi Tetap dan empat calon bagi Timbalan Pengerusi Tetap.

Sementara itu 61 orang disenaraikan sebagai calon Exco Pergerakan Wanita UMNO yang akan mengisi 20 jawatan berkenaan pada pemilihan 11 Mac ini.

Related posts

Leave a Comment