Siapa lagi orang muda mahu pimpin Pemuda?

KETIKA ini Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi sedang berada di seberang Tambak melakukan lawatan ke negara jirannya, Singapura. Lawatan tiga hari bermula semalam. Pastinya beliau sibuk menghadiri perjumpaan dengan pemimpin negara itu. Di tanah air, ramai yang ternanti-nantikan adakah Onn Hafiz bersedia menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO pada Mac ini? Bagi mereka relakan jawatan No. 1 dan No.2 dibenarkan menang tanpa bertanding atau diberi kemenangan percuma tetapi jangan disekat atau dimatikan potensi anak-anak muda yang masih mahu bersama UMNO. Mungkin inilah masa yang sesuai untuk…

Read More

Jangan bersikap menilik balas, menanti pujian

KUALA LUMPUR 13 Feb. –  Jangan bersikap menilik balas dan menanti pujian. Itu pesanan terakhir Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong kepada semua Ahli Dewan Rakyat. Al-Sultan Abdullah berharap semua Ahli Parlimen akan menjaga nama baik dan kehormatan Dewan Rakyat dan berkhidmat setulus hati, dengan meletakkan rakyat dan masa depan negara sebagai keutamaan. Pada masa yang sama wakil rakyat juga perlu mengenepikan agenda politik sempit, selain bersatu hati atas nama perpaduan. Al-Sultan Abdullah memaklumkan istiadat pembukaan Parlimen Titah Diraja hari ini adalah yang terakhir buat baginda,…

Read More

Perkasa lapor polis kenyataan Ramasamy

KUALA LUMPUR 13 Feb. – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) membuat laporan polis berhubung satu kenyataan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P. Ramasamy baru-baru ini yang didakwa sangat bahaya. Presiden Perkasa, Syed Hassan Syed Ali berkata, kenyataan itu jika tidak dikawal bukan sahaja boleh mendatangkan kemarahan majoriti orang Melayu malahan boleh terjadi rusuhan kaum. Justeru Perkasa tampil membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi hari ini agar pihak berkuasa dapat menyiasat sekiranya ada unsur-unsur provokasi terhadap orang Melayu berikutan kenyataan wakil rakyat DAP itu. Syed Hassan dalam laporan…

Read More

Muafakat politik elak kemelut berlarutan

KUALA LUMPUR 13 Feb. – Krisis politik selama hampir empat tahun di negara ini boleh dielakkan sekiranya semua ahli politik dan wakil rakyat bersedia mengenepikan perbezaan dan bersatu padu atas dasar menjaga kepentingan rakyat dan negara. Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah krtika bertitah demikian yakin kemelut politik dalam tempoh itu tidak akan berlaku jika peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri dapat dielakkan. “Pada pengamatan beta, jika episod yang membawa kepada peletakan jawatan Perdana Menteri ketujuh tidak berlaku, nescaya rantaian kemelut politik yang berlarutan sehingga Pilihan Raya…

Read More

Impian menelusuri Lebuh Raya Pan Borneo

KUALA LUMPUR 13 Feb. – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan impian untuk memandu menelusuri Lebuh Raya Pan Borneo di Sabah dan Sarawak. “Menjadi impian beta untuk memandu menelusuri Lebuh Raya Pan Borneo ini. Khusus untuk beta mengenali dengan lebih rapat lagi rakyat beta di pedalaman Bumi Kenyalang dan Negeri di Bawah Bayu. Program kembara ini sedang dirangka oleh Istana Negara dengan kerjasama kerajaan Persekutuan, kerajaan Sabah dan Sarawak,” titah Al-Sultan Abdullah dalam Titah Diraja sempena Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Parlimen ke-15, di sini hari ini.…

Read More

“Harap PM10 terakhir sebelum kembali ke Pahang”

KUALA LUMPUR 13 Feb. –  Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyifatkan peristiwa dan pengalaman melantik empat Perdana Menteri sepanjang baginda bersemayam sebagai bersejarah dan sukar dilupakan. Justeru baginda menzahirkan harapan supaya pentadbiran Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah yang terakhir sebelum baginda menamatkan tugas dan kembali ke Pahang, pada 30 Januari tahun depan. Al-Sultan Abdullah menjadi satu-satunya Yang di-Pertuan Agong yang memerintah negara dengan empat Perdana Menteri serta empat jemaah menteri yang berlainan, susulan kemelut politik berpanjangan sejak tiga tahun lalu. Seri Paduka menyingkap…

Read More

KKM batal jualan dua produk kosmetik

PUTRAJAYA 13 Feb. – Kementerian Kesihatan (KKM) membatalkan notifikasi untuk dua produk kosmetik iaitu Karisma Turmeric Booster Cream dan Flashhskinzz Treatment Cream selepas ia dikesan mengandungi racun berjadual. Berikutan tindakan pembatalan yang diambil Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi di KKM ke atas dua produk mengandungi merkuri itu, penjualannya tidak lagi dibenarkan di Malaysia. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata peniaga hendaklah menghentikan penjualan dua produk kosmetik terbabit, manakala orang awam diminta tidak membeli atau menggunakannya. “Merkuri dilarang dalam produk kosmetik kerana boleh memudaratkan kesihatan. Ia boleh diserap masuk ke…

Read More

Kes harian Covid-19 turun

PUTRAJAYA 13 Feb. – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 semalam kembali kepada angka di bawah 200 dengan merekodkan 160 kes termasuk satu kes import berbanding 259 kelmarin dan 252 pada hari sebelumnya. Menurut data portal KKMNow,  dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 5,039,486 iaitu 5,000,840 kes tempatan dan 38,646 kes import. Dalam tempoh yang sama, tiada kematian baharu dilaporkan dan jumlah yang meninggal dunia setakat ini kekal 36,951 orang termasuk 7,871 kes di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID) Sementara itu, kes aktif yang dilaporkan semalam adalah 9,401…

Read More

Azmin Ali mencari rentak baharu

KUALA LUMPUR 13 Feb. – Mohamed Azmin Ali yang gagal mempertahankan kerusi Parlimen Gombak pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) mengumumkan untuk berehat seketika daripada arena politik. Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) itu berkata, beliau juga mahu mencari rentak baharu sebelum memutuskan langkah seterusnya. “Kepada semua rakyat Malaysia. Ini adalah rehat seketika dalam arena poltik saya untuk berkhidmat kepada rakyat,” kata Pengarah Pilihan Raya PN itu di Twitter, semalam. Bagaimanapun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa itu menegaskan tekadnya untuk berkhidmat kepada negara dan rakyat tidak akan putus. Pada…

Read More