Kes harian Covid-19 turun

PUTRAJAYA 13 Feb. – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 semalam kembali kepada angka di bawah 200 dengan merekodkan 160 kes termasuk satu kes import berbanding 259 kelmarin dan 252 pada hari sebelumnya.

Menurut data portal KKMNow,  dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 5,039,486 iaitu 5,000,840 kes tempatan dan 38,646 kes import.

Dalam tempoh yang sama, tiada kematian baharu dilaporkan dan jumlah yang meninggal dunia setakat ini kekal 36,951 orang termasuk 7,871 kes di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID)

Sementara itu, kes aktif yang dilaporkan semalam adalah 9,401 berbanding 9,599 pada hari sebelumnya dan daripada jumlah itu, sebanyak 9,068 kes atau 96.5 peratus pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.

Tiada pesakit di pusat kuarantin (PKRC), manakala 324 pesakit atau 3.4 peratus mendapat rawatan di hospital, sembilan daripada pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), di mana empat orang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Dalam tempoh yang sama, 358 pesakit baharu dilaporkan sembuh semalam dan ini menjadikan jumlah pesakit yang pulih setakat semalam meningkat kepada 4,993,134 orang.

Related posts

Leave a Comment