PUTRAJAYA 27 Jan. – Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, hari ini menerima ucapan tahniah daripada Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, susulan kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), November lalu. Perkara itu dimaklumkan oleh Anwar menerusi media sosialnya dan turut memuat naik sepucuk surat bertarikh 24 Januari yang dikeluarkan Rumah Putih. Anwar berkata, Biden turut memuji demokrasi Malaysia pada pilihan raya itu dan menyatakan ia memberi inspirasi kepada banyak pihak lain. Dalam surat yang ditandatangani Biden, Presiden AS itu berkata, ketika demokrasi di dunia berdepan cabaran, pilihan raya di negara…
Read MoreMonth: January 2023
Abdul Rahman Ayob Panglima TLDM ke-18
KUALA LUMPUR 27 Jan. – Timbalan Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Madya Datuk Abdul Rahman Ayob, dilantik sebagai Panglima TLDM ke-18, berkuat kuasa hari ini. Beliau menggantikan Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany yang akan bersara wajib. Pelantikan Abdul Rahman disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Affendi Buang, dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Muez Abd Aziz pada majlis serah terima tugas di Wisma Pertahanan di sini. Menurut kenyataan TLDM hari ini, pelantikan Abdul Rahman sebagai Panglima Tentera Laut menjadikan beliau sebagai pegawai submariner pertama…
Read MorePUTRAJAYA 27 Jan. – Sepuluh orang setiausaha politik kepada menteri Kabinet, mengangkat sumpah simpan rahsia di sini hari ini. Majlis itu disaksikan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim yang turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara, Mohd Zuki Ali Menerusi perkongsian di Facebook, Anwar berharap mereka dapat melaksanakan amanah yang diberikan dengan ikhlas dan penuh berintegriti. Muhammad Kamil Abdul Munim yang dilantik sebagai setiausaha politik kepada Menteri Kewangan mendahului upacara angkat sumpah itu. Turut mengangkat sumpah adalah Hamzah Brahim (Menteri Perladangan dan Komoditi), Yuhaizad Abdullah (Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan), Ton Zalani Mat Darus…
Read MoreBerita pilihan…
172 kes baharu Covid-19
PUTRAJAYA 27 Jan. – Kes jangkitan harian Covid-19 terus kekal di bawah 500 kes semalam dengan merekodkan 172 termasuk satu kes import, meningkat sedikit berbanding 132 yang dicatatkan kelmarin. Menurut portal KKMNOW, dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan meningkat kepada 5,035,377 iaitu 4,996,773 kes tempatan dan 38,604 kes import. Pada masa yang sama, sebanyak tiga kematin dilaporkan, kesemua kes berkenaan berlaku di luar fasiliti hospital (BID) menjadikan jumlah keseluruhan 36,936 meninggal dunia termasuk 7,869 BID. Sementara itu, kes aktif yang dilaporkan pada Khamis juga turun ke 9,627 kes berbanding 9,783 kelmarin…
Read MoreMedia Hari Ini Jumaat 27.01.2023
Tiga tahun Malaysia berdepan Covid-19
PUTRAJAYA 26 Jan. – Genap tiga tahun, negara berhadapan dengan pandemik Covid-19, sebanyak 5,035,073 kes keseluruhan dikesan sehingga 24;Januari manakala 36,932 kematian direkodkan dan 4,988,143 orang sembuh. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes pertama Covid-19 yang dikesan adalah pada 25 Januari 2020, ketika itu masih dikenali 2019-nCoV manakala kes tempatan pertama pada 6 Februari 2020. “Kita masih berada di fasa peralihan ke endemik, patuhilah saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu; elakkan 3S, amalkan 3W, amalkan TRIIS & dapatkan vaksin Covid-19 dos primer/dos penggalak,”…
Read MoreDua lagi ADUN PH, satu PBS sertai Kabinet Sabah
KOTA KINABALU 26 Jan. – Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mewakili parti komponen Pakatan Harapan (PH) iaitu PKR dan DAP serta PBS dilantik sebagai pembantu menteri yang baharu dalam Kabinet Sabah hari ini. Mereka yang mengangkat sumpah jawatan masing-masing di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu di sini, adalah ADUN Inanam, Peto Galim (PH-PKR) dan ADUN Likas, Tan Lee Fat (PH-DAP). Seorang lagi ialah ADUN Lumadan, Datuk Ruslan Muharam yang mewakili Gabungan Rakyat Sabah – Parti Bersatu Sabah (GRS-PBS). Ruslan dilantik sebagai Pembantu Menteri…
Read MoreCAP mahu peruntukan GEG diluluskan
SEPANG 26 Jan. – Indonesia Kerajaan didesak meneruskan larangan penuh ke atas penjualan rokok elektronik dan vape kepada generasi penamat (GEG) melalui peruntukan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022. Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang menegaskan demikian berkata, usaha itu penting bagi menyelamatkan 2.06 juta nyawa khususnya kanak-kanak dan remaja yang kini menjadi sasaran penjualan rokok elektronik dan vape. Pegawai Pendidikan CAP, N V Subbarow, berkata, pihaknya membantah cadangan supaya peruntukan GEG digugurkan sebagai alasan bagi membolehkan RUU Kawalan Tembakau diluluskan di Parlimen. Semalam, sebuah badan pemikir…
Read More