Thailand catat 4,488 kes baharu

BANGKOK 28 Mei – Thailand merekodkan 4,488 lagi kes jangkitan Covid-19 dalam tempoh 24 jam berbanding 4,837 yang dilaporkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan 4,438,999 kes setakat hari ini.

Bagi tempoh yang sama, sebanyak 38 lagi meninggal dunia berbanding 29 orang semalam yang membawa kepada jumlah kematian 29,948 orang.

Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 4,476 adalah kes dalam kalangan penduduk awam dan 12 penghuni penjara.

Sehingga tengah malam Jumaat, sebanyak 46,734 orang mendapatkan rawatan  Covid-19 termasuk 18,874 di hospital dan 21,464 di rumah dan pusat pengasingan komuniti.

Dalam kalangan pesakit yang dimasukkan ke hospital, sebanyak 939 dalam keadaan kritikal dan 461 bergantung kepada bantuan ventilator.

Sementara itu, sebanyak 3,921 pesakit dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital yang membawa kepada jumlah keseluruhan 4,362,317 orang sembuh.

Related posts

Leave a Comment