PUTRAJAYA 27 Jan. – Sepuluh orang setiausaha politik kepada menteri Kabinet, mengangkat sumpah simpan rahsia di sini hari ini.

Majlis itu disaksikan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim yang turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara, Mohd Zuki Ali

Menerusi perkongsian di Facebook, Anwar berharap mereka dapat melaksanakan amanah yang diberikan dengan ikhlas dan penuh berintegriti.

Muhammad Kamil Abdul Munim yang dilantik sebagai setiausaha politik kepada Menteri Kewangan mendahului upacara angkat sumpah itu.

Turut mengangkat sumpah adalah Hamzah Brahim (Menteri Perladangan dan Komoditi), Yuhaizad Abdullah (Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan), Ton Zalani Mat Darus (Menteri Pertahanan) dan Rizam Ismail (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri).

Suraya Yaacob sebagai setiausaha politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Akmal Zharif Ahmad Kamal (Menteri Luar Negeri), Dr Stephen Anak William (Menteri Perpaduan), Arul Kumar Jambunathan (Menteri Pengangkutan) dan Yap Yee Vonne (Menteri Belia dan Sukan).

Related posts

Leave a Comment