Tiga tahun Malaysia berdepan Covid-19

PUTRAJAYA 26 Jan. – Genap tiga tahun, negara berhadapan dengan pandemik Covid-19, sebanyak 5,035,073 kes keseluruhan dikesan sehingga 24;Januari manakala 36,932 kematian direkodkan dan 4,988,143 orang sembuh.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes pertama Covid-19 yang dikesan adalah pada 25 Januari 2020, ketika itu masih dikenali 2019-nCoV manakala kes tempatan pertama pada 6 Februari 2020.

“Kita masih berada di fasa peralihan ke endemik, patuhilah saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu; elakkan 3S, amalkan 3W, amalkan TRIIS & dapatkan vaksin Covid-19 dos primer/dos penggalak,” katanya.

Beliau juga menyatakan penghargaan kepada semua staf barisan hadapan dan berharap dipermudahkan segala urusan dalam membendung penularan Covid-19.

“Salam takziah juga kepada individu yang telah kehilangan ahli keluarga atau pun kenalan akibat Covid-19 ini. Marilah kita terus berdoa agar pandemik ini segera berakhir dan tidak lagi memudaratkan masyarakat di seluruh dunia,” katanya.

Related posts

Leave a Comment